Kata Ja'far bin Sulaiman Rahimahullah: Kecemasan terhadap dunia adalah kegelapan dalam hati. Sedangkan kecemasan terhadap akhirat adalah cahaya dalam hati.
Syair dari kitab La Tahzan:
Berpalinglah dari kecemasanmu,
Serahkan urusan kepada qadha,
Nikmatilah lamanya keselamatan,
Akan menghiburmu atas apa yang silam,
Mungkin perkara yang kecil telah membesar,
Dan perkara yang besar telah mengecil,
Betapa banyak perkara yang dibenci,
Namun berakhir dengan keredhaan,
Allah berbuat apa yang dia kehendaki,
Janganlah kritik terhadap perbuatannya.
Jumaat, 26 Februari 2010
Rabu, 24 Februari 2010
Ada peribahasa yang mengatakan: Luka kerana lidah sama dengan luka disebabkan tangan. Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam.
Saidina Ali r.a dalam sajaknya berkata:
Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
Tergelincirnya kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.
Saidina Ali r.a dalam sajaknya berkata:
Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
Tergelincirnya kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.
Selasa, 23 Februari 2010
- Pujangga berkata: Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa man, semangat muda dan ilmu adalah sari dari semia yang diinginkan oleh orang-orang yang berfikir. Namun, hanya sedikit yang mampu mendapatkannya sekaligus.
- Pujangga berkata: Jangan menyangka anda diberi segalanya, tetapi yang diberikan kepadamu adalah kebaikan yang banyak. Harapa bahawa anda boleh menerima semua anugerah adalah harapan yang terlalu jauh.
- Pujangga berkata: Pengetahuan, pengalaman dan wawasan jauh lebih baik daripada harta yang bertimbun. Kerana gembira dengan harta benda adalah sifat binatang, sedangkan gembira dengan ilmu pengetahuan adalah sifat manusia.
Ahad, 21 Februari 2010
- Pujangga Berkata: Lihatlah orang yang lebih rendah dari diri anda dalam hal tubuh badan, rupa paras, rumah tangga, pekerjaan dan keluarga agar anda mengerti bahawa yang lebih rendah dari anda dalam hal-hal dimaksudkan masih ramai.
- Pujangga Berkata: Buatlah kebaikan dan berbaktilah kepada orang lain, jangan diam menyendiri debab ia merupakan kesengsaraan. Semua bentuk kesukaran, kesedihan dan kedukaan itu akan lenyeap ketika anda berkumpul bersama keluarga anda dan orang ramai serta melakukan kebajikan untuk mereka.
- Pujangga Berkata: Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan. Buku yang mendatangkan manfaat, anak yang baik, isteri yang disayangi, sahabat yang salih dan Allah memiliki ganti untuk semua ini.
Khamis, 18 Februari 2010
- Abu Laith al-Samarqandi berkata: Sesungguhnya syukur itu dalam tiga keadaan. Jika menerima nikmat maka ingatlah kepada yang memberi untuk memuji kepadanya. Kedua, redha dan puas terhadap nikmat yang kau terima. Ketiga selama manfaat nikmat itu terasa padamu maka jangan kau gunakan untuk maksiat.
- Maimun bin Mahram daripada Ibn Abbas r.a berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk pilihannya, iaitu mereka bila merasa berbuat baik merasa gembira, jika membuat salah segera meminta ampun, bila mendapat nikmat bersyukur dan jika menderita bala mereka sabar.
- Pujangga berkata: Lihatlah orang yang lebih rendah dari diri anda dalam hal tubuh badan, rupa paras, rumah tangga, pekerjaan dan keluarga agar anda mengerti bahawa yang lebih rendah dari anda dalam hal-hal dimaksudkan masih ramai.
Rabu, 17 Februari 2010
- Sufian al-Thauri berkata: Dua jenis nikmat jika kamu diberi kedua-duanya maka bersyukurlah kepada Allah. Pertama, jauh dari pintu raja dan yang kedua jauh dari pintu doktor.
- Bakr Abdullah al-Muzani berkata: Seorang Muslim jika sihat bererti telah mendapat puncak kenikmatan dunia dan akhirat, sebab pokok nikmat dunia ialah sihat dan pokok nikmat akhirat ialah Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)
