skip to main |
skip to sidebar
Pujangga berkata: Kebahagiaan ialah ketika mashaf menjadi teman akrab anda, amalan menjadi kesukaan anda dan rumahmu menjadi tempat untuk menyendiri begitu juga harta simpanan adalah kepuasan diri anda.
Pujangga berkata:
Wanita cantik dan bertakwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan tetangga yang salih merupakan nikmat-nikmat yang hanya diketahui oleh sedikit orang.
Pujanga berkata: Berapa banyak anda meminta,tapi dia selalu memberi. Berapa banyak anda memohon, dan dia pun memberi secara percuma. Berapa banyak anda melakukan kesalahan, dan dia yang meluruskan. Berapa banyak anda mengalami kesulitan, dan dia kemudian yang memudahkan dan berapa banyak anda berdoa lalu Allah mengkabulkannya.
Pujangga berkata: Bersedekahlah kepada orang-orang miskin akhlak, dengan harga diri anda. Dan jangan menuntut mereka ketika mereka mencerca, mencela atau menyakiti anda. Sebab di sisi Allah semua itu ada gantinya.
Pujangga berkata: Biasakan untuk mengeluarkan sedekah, meskipun sedikit kerana sedekah akan memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan dan akan menambah rezeki.
Pujangga berkata: Orang yang sudah boleh merasakan nikmat-nikmat Allah pada dirinya berkewajipan untuk mengikatnya dengan syukur, menjaganya dengan ketaatan dan memeliharanya dengan tawaduk. Agar nikmat-nikmat itu boleh harmoni.
Pujangga berkata: Kebaikan yang terdapat dalam apa yang anda benci lebih banyak daripada yang terdapat yang anda suka, kerana anda tidak mengetahui akibat yang akan terjadi.Betapa banyak kenikmatan yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak dalam kebaikan yang tersembunyi di sebalik baju keburukan.