Selasa, 13 Julai 2010

Malas

Penyakit malas untuk menulis dalam blog....ini kerana telah ada alternatif lain iaitu facebook.

Blog kena fikir dan mengarang.....

Facebook idea sepontan......

MAAF>>>>banyak2

Khamis, 13 Mei 2010

Imam Syafie berkata :  Perkara yang paling mulia ada tiga.  Pertama, merasa kaya walaupun hartanya sedikit.  Kedua, warak ketika sunyi (bersendirian).  Ketiga, perkataan yang haq (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.

Ahad, 25 April 2010

Pujangga berkata: Kebahagiaan ialah ketika mashaf menjadi teman akrab anda, amalan menjadi kesukaan anda dan rumahmu menjadi tempat untuk menyendiri begitu juga harta simpanan adalah kepuasan diri anda.

Jumaat, 16 April 2010

Pujangga berkata: Wanita cantik dan bertakwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan tetangga yang salih merupakan nikmat-nikmat yang hanya diketahui oleh sedikit orang.

Ahad, 4 April 2010

Pujanga berkata: Berapa banyak anda meminta,tapi dia selalu memberi. Berapa banyak anda memohon, dan dia pun memberi secara percuma. Berapa banyak anda melakukan kesalahan, dan dia yang meluruskan. Berapa banyak anda mengalami kesulitan, dan dia kemudian yang memudahkan dan berapa banyak anda berdoa lalu Allah mengkabulkannya.

Selasa, 30 Mac 2010

Pujangga berkata: Bersedekahlah kepada orang-orang miskin akhlak, dengan harga diri anda. Dan jangan menuntut mereka ketika mereka mencerca, mencela atau menyakiti anda. Sebab di sisi Allah semua itu ada gantinya.

Selasa, 23 Mac 2010

Pujangga berkata:  Biasakan untuk mengeluarkan sedekah, meskipun sedikit kerana sedekah akan memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan dan akan menambah rezeki.