Memaparkan catatan dengan label Masa amat berharga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa amat berharga. Papar semua catatan
Isnin, 16 November 2009
Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 2
Allah mengiangatkan hambanya dalam firman yang bermaksud: "Dan dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk siapa yang mahu beringat (memikirkannya) atau mahu bersyukur (akan nikmatnya)." Surah Al-Furqan, ayat 62. Pengurusan masa amat dititikberatkan oleh islam supaya setiap muslim dapat mengisinya dengan perkara berfaedah. Bukan saja untuk dirinya tapi juga kesejahteraan umah sejagat kerana islam tidak suka penganutnya membuang masa tanpa berbuat sesuatu. Seseorang itu tidak dapat menghargai masa selagi ia tidak menyedari bahaya dan kesan buruk akan diterimanya dengan sikap membuang masa. Justeru mensia2kan masa lapang mendatangkan kerugian tidak ternilai kerana masa tak dapat diputar ke belakang. Sabda rasullah saw bermaksud: "Dua nikmat dari nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang." Riwayat Bukhari. Hargai masa dengan buat kerja tak berfaedah juga tidak memberi makna. Masa mesti dimanafaatkan dengan kerja kebaikan kehidupan dunia dan akhirat. Pesan rusullah lagi:"Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara." Masa mudamu sebelum tuamu. Masa sihatmu sebelum sakitmu. Masa kayamu sbelum fakirmu. Masa lapangmu sebelum kesibukanmu. Masa hidupmu sebelum matimu. Ini jelas masa perlu dihargai agar tidak terlepas begitu sahaja. Apa yang ditentukan Allah kita tidak dapat merubahnya. Tetapi kita mampu membanyakkan amal ibadat dengan membuang tabiat membuang masa. Mulai sekarang kita hargai sepenuhnya usia dengan mengurus masa sebaik mungkin.
Ahad, 15 November 2009
Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 1
Kata orang tua2,"Masa itu seumpama sebilah pedang. Jika kita tidak memanggilnya maka ia akan memenggal leher kita". Secara ringkasnya bolehlah disimpulkan bahawa setiap detik masa yang berlalu perlu dihargai dengan sebaik2nya. Jika kita tidak ambil peduli mengenai masa yang sentiasa bergerak itu, nescaya hidup kita akan mendapat susah kemudian hari kerana membiarkan masa berlaku tanpa sebarang faedah.Dengan kata lain, jika hari ini kita mensia2kan masa maka kita akan menyesal pada hari esok. Mengurus masa penting dalam kehidupan seharian kita. Masa yang terlepas tidak akan datang dan yang berlalu tetap berlalu. Menangis air mata darah sekali pun masa yang sudah pergi tetap pergi. Justeru hargai masa sebaiknya kerana masa itu emas. Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan, kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu". (Surah Ibrahim ayat 33). Malalui firman ini dapat difahami tujuan Allah membezakan antara malam dan siang adalah supaya manusia dapat membahagi2kan masa untuk membuat kerja dan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat kelak.
Langgan:
Catatan (Atom)
