Memaparkan catatan dengan label kongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kongsi. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2010

RENUNGAN

Diriwayatkan dari Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam  tanaman, selagi ada orang yang memakannya sama ada manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajar ilmu yag berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedu-dua orang tuanya dan beristighfar baginya.
Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Abu Hurairah berkata, Rasullah saw bersabda:
"Apabila tela mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam. Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya."  

Selasa, 5 Januari 2010

Singa Jantan Pemalas?

Singa Jantan Pemalas?

Kenapakah hanya singa betina yang keluar memburu dan bukannya singa jantan? Singa jantan malaskah? Atau singa jantan itu spesies mengada-ngada? Oh, tidak. Tidak sama sekali. Ini kerana kedinamikan tubuh singa betina semata-mata.
Singa betina lebih kurus dan boleh bergerak dengan lebih pantas. Ia memangnya pemburu yang hebat dan tanpa bulu lehernya yang besar, singa betina boleh menyembunyikan diri dengan lebih mudah. Bayangkan seekor singa jantan menyorok di belakang poko! Ia tentu akan dijumpai oleh musuhnya kerana bulu lehernya yang lebat itu sangat susah disembunyikan.
Disamping itu singa jantan juga sibuk mengawal kawasan memburu untuk keperluan keluarganya. Maknanya, singa jantan bukan pemalas, tetapi penyayang dan sangat bertanggungjawab kepada keluarga.