Rabu, 16 September 2009

4 alasan yang dibenci Tuhan

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu:

  1. Orang kaya, kalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Kepada mereka ini Allah berfirman, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku."
  2. Hamba sahaya, sekiranya dia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Utusan-ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku."
  3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada Mu." Firman Allah kepadanya, "kemiskinan yang kau rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tidaklah pula menabaikan tanggungjawab kepada-Ku."
  4. Orang yang sedang menderita sakit, sekiranya dia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu." Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s, tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku."

3 ulasan:

  1. salam bong,
    wah bagus ni, kau pun dah ada blog sendiri. Aku baru perasan hari ni. Semoga kau terus meng entrikan bahan-bahan sebegini buat menambah ilmu di dada.

    BalasPadam
  2. Fati aku baru nak belajar. Nak buat entry macam kau orang aku tak pandai mengarang jadi buat le apa yang aku baca cedok sikit2.

    BalasPadam
  3. Bong , terima kasih atas entry ini , saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain . Kita hidup bukan nak tongkat dunia . Teruslah berblog lagi .

    BalasPadam