Khamis, 26 November 2009

Perempuan dan Lelaki

Siapa yang mengajar perempuan jadi manja? Lelaki jugakan! Ini adalah lanjutan kepada lelaki perlu mengambil hati perempuan. Dikatakan apabila lelaki tidak pandai menjaga hati perempuan maka susahlah jadinya. Kalau perempuan merajuk sikit kena pujuk. Kalau tidak pujuk bimbang pula merajuknya memanjang. Bila sudah pujuk menjadi tanggung jawap pula. Akhirnya rasa bosan. Perempuan pula, bila sekali pujuk , hendak dua kali, mula melampau, ibarat beri betis hendakkan peha. Tak cukup-cukup. Mana lelaki larat nak melayan, meluat ada la. Ini berlaku adalah kerana perempuan banyak kerenah, letih hendak melayan terutama yang sudah bergelar isteri. Perempuan mahu dihargai, diberi perhatian dan diberi kasih sayang seperti sepatutnya, bukan dikasari dan diketepikan dalam setiap perhubungan. Seorang isteri akan mentaati suami jika hatinya dijaga dengan baik.
Akan tetapi wahai para perempuan bagaimana pula hak orang lelaki? Lelaki juga perlu dipujuk, perlu perhatian, perlu dijaga hatinya dan lelaki juga perlu dihargai terutama yang bergelar suami. Perempuan perlu ingat lelaki juga perlu dilayan seperti apa yang perempuan mahukan. Lelaki terutama suami juga perlu manja.

Buah bidara daun selasih
Ditabur mari di atas titi
Puji selalu, sayang berlebih
Itulah hadiah paling bererti

Selasa, 24 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 21 hingga 25

21.  Lebih baik mengalami putus cinta dari tidak pernah merasai nikmat cinta. Bila kita kecewa, kita dapat mempelajari sesuatu dan terutama menyelesaikan masalah. Ini juga akan mematangkan kita dan belajar mengendalikan diri berhadapan dalam sesuatu situasi.
22.  Bersukan salah satu aktiviti yang mampu melupakan pada masalah yang dialami.
23.  Bila menangis dongakkan wajah supaya airmata boleh berhenti dalam waktu yang singkat. Jangan menangis berlebihan atau mencucuk mata dengan garpu, nanti jadi macam Kasim Selamat merindukan Sabariah.
24. Gambarkan secara fizik, emosi, spiritual dan kemampuan profesional.
25.  Percayalah kepada takdir. Tidak semua yang indah itu akan berakhir dengan gembira. Episod sedih yang dilalui bukan penamat keceriaan. Pasrah kepada ketentuan. Hadapi dengan dada yang lapang, nescaya akan tersenyum di kemudian hari.

Isnin, 23 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 16 hingga 20

16.  Jadikan kucing sebagai teman kerana kucing antara haiwan peliharaan yang amat memahami.
17.  Pakai pakaian berwarna hijau kerana hijau mampu memberi tenaga kepada perasaan yang tercalar dan membantu menaikkan senula semangat. Ini dikatakan oleh penulis buku 'The Color Secrets' Mary Lambert.
18.  Buang segala barangan yang berkaitan dengan peristiwa walaupun sekeping gambar, supaya luka lama tidak berdarah kembali.
19.  Berfantasi tentang apa yang kamu inginkan agar dapat menyingkirkan perasaan sedih.
20.  Bemandi dengan mandian istemewa seperti aroma terapi, lulur, sauna dan bunga2an supaya memberikan ketenangan jiwa.

Ahad, 22 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 11 hingga 15

11.  Ucapkan berkali2 kata2 yang boleh menaikkan semula semangat kita. Lebih mujarab diucapkan sebaik bangun pagi.
12.  Jika berkebolehan bermain muzik, alunkan nada dan irama mengikut perasaan kita. Ia memberi inspirasi untuk menyelesaikan masalah dan memberikan ketenangan jiwa.
13.  Harus ingat semua manusia tidak sempurna. Terima saja seadanya. Jangan terlalu memilih dan cerewet, takut nanti akan kecewa sekali lagi.
14.  Cari buku2 psikologi yang berupaya membantu menyelesaikan masalah dan ketenangan jiwa. Majalah  boleh juga.
15.  Lakukan kembali apa yang ingin kita lakukan seperti aktiviti dulu2.

Sabtu, 21 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 6 hingga 10

6.   Menari! Pasangkan muzik yang rancak dan ayunkan gerak tari. Walaupun tarian sumbang, pedulikan je. Janji legakan tekanan. Menurut pakar psikologi muzik rancak merangsang priduksi 'endorfin' sebanyak 42 denyutan per minit.
7.   Patah hati adalah gangguan perasaan yang sementara je. Menurut Profesor Petruscka Clarkson, 'semakin sakit perasaan kita di saat putus cinta, semakin kuat cinta kita terhadap bekas kekasih.' Jadi janganlah terlalu sakit hati.
8.   Pergi kelas mempertahankan diri untuk melepaskan geram bagi membebaskan diri yang sedang marah. Kalau di rumah lepaskan geram dengan membantai bantal. Ini tidak mencederakan diri kita.
9.   Ubah penampilan diri. Peragakan penampilan dengan imej baru yang akan menimbulkan mood baru.
10.  Lupakan diet. Makan sepuasnya sambil menonton VCD komedi.

Jumaat, 20 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 1 hingga 5

Cinta oh cinta.
Hari2 indah bersama si dia sudah berakhir. Sudah puas berjuraian air mata, menyesali apa yang terjadi. Namun begitu, sampai bila kamu harus menangisi perpisahan ini. Apa yang terjadi, tetap akan terjadi dan kamu harus terus melangkah tanpa menoleh ke belakang. CINTA OH CINTA ada tips bagaimana kamu boleh mengubati kedukaan.
  1. Jangan terus hanyut dalam kedukaan. Bangkit dan katakan "Iwill survive" seperti lagu Gloria Gaynor. Perlu ingat bukan kita saja yang mengalami peristiwa sedih. Malah ramai lagi yang lebih malang dari kita. Yang pasti sinar  kebahagiaan menanti hari esok. Bangkit dan teruskan kehidupan dengan fikiran terbuka.
  2. Luangkan masa untuk diri sendiri. Menangislah jika mahu menangis. Ia akan memberi kelegaan dan membantu diri lebih tenang.
  3. Perlu yakin masih ada lagi insan yang ditakdirkan untuk bersama kita kelak. Jangan mudah putus asa dan jangan serik.
  4. Carilah 'puch bag' dan tendang sekuat hati. Lepaskan geram, ops jangan pukul orang yang sebenar nanti kes polis pula.
  5. Bergaya sakan. Pakai baju yang paling 'vogue' dan menampakkan perbezaan seperti biasa. Pergi tempat yang sesuai untuk dilawati dan habiskan masa seharian di situ. Lupakan segala yang pernah berlaku.

Rabu, 18 November 2009

HARI BERSEJARAH DALAM KEHIDUPAN AKU



Esok adalah tanggal 19hb November, 2009. Ini bermakna genap 24 tahun aku menikahi isteriku yang seorang sekarang ini. Aku menikahi isteriku pada  19hb November, 1985. Isteriku bernama Hajah Halimatu Sadiah bt Sani. Aku amat menyangi isteri aku yang seorang ini. Sempena utang tahun pernikahanku ke 24 tahun ini aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada isteriku. Terima kasih keran telah sudi mengharungi kehidupan bersam aku selama ini. Terima kasih kepada isteriku kerana sanggup berkongsi susah senang bersama aku. Terima kasih isteriku kerana telah melahirkan dua zuriat cahaya mata aku. Terima kasih isteriku kerana telah membesarkan sepasang anak-anakku. Terima kasih isteriku yang menjaga makan dan pakai aku. Terima kasih isteriku kerana menjaga aku ketika aku menjalani pembedahan. Terima kasih isteriku atas kesetianmu. Dengan ucapan yang tidak boleh diungkapkan dan di senaraikan aku mengucapkan segala-galanya terima kasih. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas Syurga atas segala-galanya. Aku sentiasa berdoa dalam setiap detik agar kita akan berkekalan dan beroleh kebahagian yang lebih baik lagi. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi petunjuk, taufik dan hidayah agar kita sekeluarga diberikan jalan yang lurus (betul) tidak bengkang bengkok, jalan yang benar. Tidak keterlaluan aku katakan kau adalah teman aku yang sentiasa menerangi dan menyinari kehidupanku. Percayalah dengan akal fikiran yang waras, pada masa dan ketika ini aku tetap setia dan sayang kepada mu isteriku. Aku sentiasa berdoa agar kita bekekalan dan berbahagia kehingga akhir hayat dunia dan akhirat. Amin...

Isnin, 16 November 2009

Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 2

Allah mengiangatkan hambanya dalam firman yang bermaksud: "Dan dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk siapa yang mahu beringat (memikirkannya) atau mahu bersyukur (akan nikmatnya)." Surah Al-Furqan, ayat 62. Pengurusan masa amat dititikberatkan oleh islam supaya setiap muslim dapat mengisinya dengan perkara berfaedah. Bukan saja untuk dirinya tapi juga kesejahteraan umah sejagat kerana islam tidak suka penganutnya membuang masa tanpa berbuat sesuatu. Seseorang itu tidak dapat menghargai masa selagi ia tidak menyedari bahaya dan kesan buruk akan diterimanya dengan sikap membuang masa. Justeru mensia2kan masa lapang mendatangkan kerugian tidak ternilai kerana masa tak dapat diputar ke belakang. Sabda rasullah saw bermaksud: "Dua nikmat dari nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang." Riwayat Bukhari. Hargai masa dengan buat kerja tak berfaedah juga tidak memberi makna. Masa mesti dimanafaatkan dengan kerja kebaikan kehidupan dunia dan akhirat. Pesan rusullah lagi:"Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara." Masa mudamu sebelum tuamu. Masa sihatmu sebelum sakitmu. Masa kayamu sbelum fakirmu. Masa lapangmu sebelum kesibukanmu. Masa hidupmu sebelum matimu. Ini jelas masa perlu dihargai agar tidak terlepas begitu sahaja. Apa yang ditentukan Allah kita tidak dapat merubahnya. Tetapi kita mampu membanyakkan amal ibadat dengan membuang tabiat membuang masa. Mulai sekarang kita hargai sepenuhnya usia dengan mengurus masa sebaik mungkin.

Ahad, 15 November 2009

Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 1

Kata orang tua2,"Masa itu seumpama sebilah pedang. Jika kita tidak memanggilnya maka ia akan memenggal leher kita". Secara ringkasnya bolehlah disimpulkan bahawa setiap detik masa yang berlalu perlu dihargai dengan sebaik2nya. Jika kita tidak ambil peduli mengenai masa yang sentiasa bergerak itu, nescaya hidup kita akan mendapat susah kemudian hari kerana membiarkan masa berlaku tanpa sebarang faedah.Dengan kata lain, jika hari ini kita mensia2kan masa maka kita akan menyesal pada hari esok. Mengurus masa penting dalam kehidupan seharian kita. Masa yang terlepas tidak akan datang dan yang berlalu tetap berlalu. Menangis air mata darah sekali pun masa yang sudah pergi tetap pergi. Justeru hargai masa sebaiknya kerana masa itu emas. Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan, kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu". (Surah Ibrahim ayat 33). Malalui firman ini dapat difahami tujuan Allah membezakan antara malam dan siang adalah supaya manusia dapat membahagi2kan masa untuk membuat kerja dan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat kelak.

Khamis, 12 November 2009

Undang-undang Bercinta Ke 3

3.  Berbuat Baik tanpa mengharap balasan

Masa mula2 berkahwin mungkin banyak yang isteri harap daripada suami. Harta, kasih sayang , kesetiaan dan kejujuran suami. Begitu juga suami, memberi segala2nya kepada isteri supaya isteri setia dan taat, mencintai dan tidak menduakannya, melahirkan dan mendidik anak2 dan menguruskan rumah tangga. Memberi dan menerima dengan baik adalah amalan mulia, tetapi adakah mahu memberi walaupun tidak dibalas dengan baik. Di sinilah perlunya keikhlasan memberi tanpa mengharapkan balasan. Allah swt saja sebaik2 yang membalas. Teruskan memasak hidangan yang sedap2 walaupun tiada pujian dari suami. Suami pula teruskan memujuk isteri yang suka merajuk walaupun tidak dihargai. Berdoalah kepada Allah swt kerana hanya dia yang berkuasa membolak-balikan hati kita sebagai hambanya.

Selasa, 10 November 2009

Undang-undang Bercinta Ke 2

2.  Berkongsi Hati
Ramai yang boleh kongsi makan dan minum, tidur setilam, kongsi wang ringgit dan rumah besar tapi berapa ramai yang rela berkongsi hati dan perasaannya bersama pasangan. Kadang2 isteri tengah sedih, suami selamba saja melepak bersama rakan melepas bosan di luar rumah. Biarkan isteri keseorangan, tak mahu mendengar isi hati. Isteri pula ada yang tidak perasan gejolak jiwa suami yang tertekan. Suami sedih sebab ada masalah kerja lalu berperangai dingin terhadap isteri, isteri kata suami ada wanita lain. Duit habis sebab kahwin baru atau perangai pelik sebab sembunyikan dosa daripada isteri padahal suami hanya tertekan masalah  kerjayanya saja. Ini semua akibat tidak mahu berkongsi hati. Bukankah amat berbahaya menjadikan hati kita rosak kerana tidak dirawat, kurang disentuh oleh pasangan dan dijangkiti penyakit buruk sangka berlebihan. Pasangan yang bahagia amat mementingkan perkongsian hati dalam melayari kehidupan rumah tangga. Hati adalah punca kebahagian manusia, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Jadi jangan anggap remeh menyentuh hati pasangan   kerana ia adalah punca kebahagian sebenar. Oleh itu sama2lah kita berusaha menjaga dan berkongsi hati pasangan kita.

Ahad, 8 November 2009

Undang-undang Bercinta

Malam ini aku menyambung cerita aku merapu lagi bab undang2 bercinta. Aku telah mengkelaskan 3 perkara yang perlu dijadikan undang2 semasa bercinta.
  1. Beriman
Tanpa iman tiada maknanya cinta. Semua perbuatan yang dilandasi kerana iman adalah baik belaka. Bukan munafik, plastik dan tipu. Cinta kepada suami menjadi ibadat jika diiringi dengan iman, sayang kepada isteri mendatangkan pahala jika melakukannya kerana iman. Suami dan isteri yang beriman memiliki ciri2 yang mulia. Bersih hati, taat setia kepada Allah swt dan Rasulullah saw, tunduk dan sujud sehari semalam lima waktu dan tidak pernah ingkar janji berjumpa Allah swt dalam sembahayangnya. Suami mengajar isteri, isteri taat dan patuh didikan suami. Kedua2nya mahu memperbaiki iman dan Islam dengan menuntut ilmu. Merubah sikap dengan akhlak mahmudah, meninggalkan maksiat yang menjadi tabiat suatu ketika dulu. Keduanya saling membantu dalam kebaikan dan menasihati dalam keimanan. Bertaubat apabila lalai dan suka bermuhasabah mengakui kelemahan. Inilah sebaik2 keimanan yang menjadi syarat mendapat bahagia.
Aku rasa aku akan sambung untuk yang kedua dan ketiga hari esok. Kalau banyak2 nanti membosankan.

Selasa, 3 November 2009

SAMBUNG EPISOD KHASIAT PELUK ISTERI

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek2 penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan. Dengan takdir tuhan, anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging. Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, anda akanmeras lebih sehat dan bahagia. Mungkin anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah2 "mati" ketika melakukan seks, sehingga daerah2 itu boleh diperbaharui. Dengan melakukan hubungan seks, anda merangsang regenerasi sel2 dalam tubuh anda sendiri. Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya. Dengan demikian, hubungan cinta anda boleh dikatakan relatif aman damai.
Setakat itu saja info yang aku dapat.

Isnin, 2 November 2009

INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI

Seks adalah Multivitamin?
Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala. Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala. Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalahhormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan. Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf2 penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat. Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kasehatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga ahli saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks, mengatakan bahawa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda. Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.
Bersambung esok......

Ahad, 1 November 2009

MALAM INI MERAPU LAGI

Nak makan ikan kerapu kena pegi Tanjung Lumpur. Itu pun kena malam. Siang hari tak seronok. Nak merapu pun kena malam, siang hari sibuk kerja.
Isreri boros, suka makan luar, malas masak dan mengemas rumah, tak sudi melayan suami jika datang stress. Tidak pandai ambil hati mak mentua, tidak suka kanak2 tetapi manja macam budak2. Suami mesti susah hati dengan perangai isteri sebegini. Kebanyakkan wanita selepas berkahwin memang begitulah sikapnya. Manja, suka dilayan mesra, jangan ditegur, puji banyak2 dan suka duduk manis2 macam puteri beradu. Siapa sangka bila berkahwin mesti bangun awal pagi, kemas rumah, basuh baju suami, masak cepat2 sebelum pergi kerja, bermuka2 dengan ipar, tunduk kepada mak suami dan relakan sikit wang gaji untuk rumah tangga. Hal ini memang susah menukarkan alam anak dara menjadi alam rumah tangga. Ramai yang tidak sabar, kencundang tengah jalan. Ada yang tidak bijak menilai, memaksa dan akhirnya menjadi mangsa deraan pasangan. Queen dan King Control yang merendahkan maruah diri, penganiayaan dan kezaliman hingga berlaku penderaan fizikal dan seksual, semua ini akibat tersilap menghayati makna sabar. Jika perkahwinan itu setakat digoncang angin sepoi2 bahasa, maka perbaikilah hubungan dan belajarlah dari kesilapan. Suami dan isteri yang mengikat janji mahu membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat semestinya mempelajari undang2 bercinta. Ini adalah supaya kedua2nya berada di landasan yang betul dan tidak sesekali beralih arah dari matalamat awal yang suci kerana Allah swt.