Jumaat, 26 Februari 2010

Kata Ja'far bin Sulaiman Rahimahullah: Kecemasan terhadap dunia adalah kegelapan dalam hati. Sedangkan kecemasan terhadap akhirat adalah cahaya dalam hati.

Syair dari kitab La Tahzan:

Berpalinglah dari kecemasanmu,
Serahkan urusan kepada qadha,
Nikmatilah lamanya keselamatan,
Akan menghiburmu atas apa yang silam,
Mungkin perkara yang kecil telah membesar,
Dan perkara yang besar telah mengecil,
Betapa banyak perkara yang dibenci,
Namun berakhir dengan keredhaan,
Allah berbuat apa yang dia kehendaki,
Janganlah kritik terhadap perbuatannya.

Rabu, 24 Februari 2010

Ada peribahasa yang mengatakan: Luka kerana lidah sama dengan luka disebabkan tangan. Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam.

Saidina Ali r.a dalam sajaknya berkata:

Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
           Tergelincirnya kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
           Luka di kaki sembuh seketika.

Selasa, 23 Februari 2010

  1. Pujangga berkata: Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa man, semangat muda dan ilmu adalah sari dari semia yang diinginkan oleh orang-orang yang berfikir. Namun, hanya sedikit yang mampu mendapatkannya sekaligus.
  2. Pujangga berkata:  Jangan menyangka anda diberi segalanya, tetapi yang diberikan kepadamu adalah kebaikan yang banyak. Harapa bahawa anda boleh menerima semua anugerah adalah harapan yang terlalu jauh.
  3. Pujangga berkata: Pengetahuan, pengalaman dan wawasan jauh lebih baik daripada harta yang bertimbun. Kerana gembira dengan harta benda adalah sifat binatang, sedangkan gembira dengan ilmu pengetahuan adalah sifat manusia.

Ahad, 21 Februari 2010

  1. Pujangga Berkata: Lihatlah orang yang lebih rendah dari diri anda dalam hal tubuh badan, rupa paras, rumah tangga, pekerjaan dan keluarga agar anda mengerti bahawa yang lebih rendah dari anda dalam hal-hal dimaksudkan masih ramai.
  2. Pujangga Berkata: Buatlah kebaikan dan berbaktilah kepada orang lain, jangan diam menyendiri debab ia merupakan kesengsaraan. Semua bentuk kesukaran, kesedihan dan kedukaan itu akan lenyeap ketika anda berkumpul bersama keluarga anda dan orang ramai serta melakukan kebajikan untuk mereka.
  3. Pujangga Berkata: Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan. Buku yang mendatangkan manfaat, anak yang baik, isteri yang disayangi, sahabat yang salih dan Allah memiliki ganti untuk semua ini.

Khamis, 18 Februari 2010

  1. Abu Laith al-Samarqandi berkata: Sesungguhnya syukur itu dalam tiga keadaan. Jika menerima nikmat maka ingatlah kepada yang memberi untuk memuji kepadanya. Kedua, redha dan puas terhadap nikmat yang kau terima. Ketiga selama manfaat nikmat itu terasa padamu maka jangan kau gunakan untuk maksiat.
  2. Maimun bin Mahram daripada Ibn Abbas r.a berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk pilihannya, iaitu mereka bila merasa berbuat baik merasa gembira, jika membuat salah segera meminta ampun, bila mendapat nikmat bersyukur dan jika menderita bala mereka sabar.
  3. Pujangga berkata: Lihatlah orang yang lebih rendah dari diri anda dalam hal tubuh badan, rupa paras, rumah tangga, pekerjaan dan keluarga agar anda mengerti bahawa yang lebih rendah dari anda dalam hal-hal dimaksudkan masih ramai.

Rabu, 17 Februari 2010

  1. Sufian al-Thauri berkata: Dua jenis nikmat jika kamu diberi kedua-duanya maka bersyukurlah kepada Allah.  Pertama, jauh dari pintu raja dan yang kedua jauh dari pintu doktor.
  2. Bakr Abdullah al-Muzani berkata:  Seorang Muslim jika sihat bererti telah mendapat puncak kenikmatan dunia dan akhirat, sebab pokok nikmat dunia ialah sihat dan pokok nikmat akhirat ialah Islam.

Selasa, 16 Februari 2010

Pujangga berkata:  Keriangan ialah wajah yang berseri, taman yang hijau, air yang sejuk, buku yang mendatangkan manfaat disertai hati yang boleh menghargai nikmat, meninggalkan dosa dan mencintai kebaikan.

Jumaat, 12 Februari 2010

Pujangga berkata:  Siapa yang mengabulkan permintaan orang yang terhimpit dengan masalah, jika meminta pertolongan, yang menolong orang yang tenggelam jika menyeru dan yang akan menghapuskan kesusahan dari kita?  Dialah Allah.

Sabtu, 6 Februari 2010

AMALAN PALING UTAMA

Rasulullah saw ditanya: "Apakah amalan paling utama?" Baginda menjawab, "Solat pada waktunya."

Jumaat, 5 Februari 2010

RENUNGAN

Diriwayatkan dari Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam  tanaman, selagi ada orang yang memakannya sama ada manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajar ilmu yag berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedu-dua orang tuanya dan beristighfar baginya.
Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Abu Hurairah berkata, Rasullah saw bersabda:
"Apabila tela mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam. Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya."  

Khamis, 4 Februari 2010

Pujangga berkata:  Orang yang menjuhi perselisihan, menjauhi sikap membanggakan diri sendiri, menjauhi sifat dusta, redha dengan takdir Allah dan menjauhi sifat dengki nescaya Allah jinakkan hati manusia kepadanya.

Rabu, 3 Februari 2010

"Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai, akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi."
(Hukamak)

"Jauhilah sifat hasad, kerana sifat hasad itu memakan kebaikan seperti kayu kering dimakan api."
(Maksud Hadis)

"Jangan berharap kepada penghargaan kerana penghargaan akan datang sendiri apabila kerja kita dihargai.  Kepuasan bekerja adalah penghargaan yang hakiki."

Selasa, 2 Februari 2010

Rasullah SAW Bersabda;

"Empat tanda kebinasaan adalah bekunya kata-kata, kerasnya hati, panjangnya angan-angan dan cintai dunia."

Isnin, 1 Februari 2010

"Menyendiri beberapa saat untuk merenungkan hal-hal yang anda hadapi untuk membaiki diri, untuk memikirkan akhirat dan untuk memperbaiki dunia."

"Carilah bahagian anda dalam diam, sebab orang diam selalu disegani.  Orang yang tidak banyak berbicara akan selalu dicintai, sedangkan bencana selalu lahir dari ucapan."