Selasa, 30 Mac 2010

Pujangga berkata: Bersedekahlah kepada orang-orang miskin akhlak, dengan harga diri anda. Dan jangan menuntut mereka ketika mereka mencerca, mencela atau menyakiti anda. Sebab di sisi Allah semua itu ada gantinya.

Selasa, 23 Mac 2010

Pujangga berkata:  Biasakan untuk mengeluarkan sedekah, meskipun sedikit kerana sedekah akan memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan keresahan dan akan menambah rezeki.

Khamis, 18 Mac 2010

Pujangga berkata: Orang yang sudah boleh merasakan nikmat-nikmat Allah pada dirinya berkewajipan untuk mengikatnya dengan syukur, menjaganya dengan ketaatan dan memeliharanya dengan tawaduk. Agar nikmat-nikmat itu boleh harmoni.

Selasa, 16 Mac 2010

Pujangga berkata: Kebaikan yang terdapat dalam apa yang anda benci lebih banyak daripada yang terdapat  yang anda suka, kerana anda tidak mengetahui akibat yang akan terjadi.Betapa banyak kenikmatan yang tersembunyi dalam kesulitan dan betapa banyak dalam kebaikan yang tersembunyi di sebalik baju keburukan.

Ahad, 14 Mac 2010

Pujangga berkata:  Jangan marah, tetapi jika harus marah diamlah dan berlindunglah kepada Allah daripada syaitan. Ubahlah posisi kedudukan anda jika berada dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, berwuduk dan banyakkan zikir.

Ahad, 7 Mac 2010

Pujangga berkata: Jangan marah, sebab kemarahan hanya akan merosakkan jiwa, merubah perilaku, memburukkan pergaulan, merosakkan cinta dan memutuskan tali silatuttahim.

Selasa, 2 Mac 2010

  1. Pujangga berkata: Menyendiri beberapa saat untuk merenungkan hal-hal yang and hadapi untuk membaiki diri, untuk memikirkan akhirat dan memperbaiki dunia.
  2. Pujangga berkata: Carilah bahagian anda dalam diam, sebab orang diam selalu disegani. Orang yang tidak banyak berbicara akan selalu dicintai, sedangkan bencana selalu lahir dari ucapan.

Isnin, 1 Mac 2010

Sa'id daripada Qatabah berkata: Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya:
Empat jenis siapa yang diberinya, bererti telah diberi keuntungan dunia akhirat. Lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu syukur, badan yang selalu sabar dan isteri mukminat salihah.

Daripada Abu al-Darda' r.a daripada Nabi s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
Sesiapa yang menolak (mempertahankan) kehormatan dan maruah saudaranya di belakannya, nescaya Allah akan menolak wajahnya dari api nereka pada hari kiamat.