Khamis, 22 Oktober 2009

AKU MERAPU MALAM INI

Malam ini aku tak tau apa yang aku tulis. Aku merapu je.
Walaupun rumah tangga melalui pasang surutnya, tapi sikap saling memahami di antara suami dan isteri boleh mengatasi segala masalah. Dalam rumah tangga suami isteri harus saling memahami. Semuanya perlu dibentuk di awal perkahwinan. Tapi yang sudah lama juga perlu buat begini bagi merubahkannya. Suami isteri perlu belajar kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Suami isteri perlu saling percaya dan perlu banyak bersabar. Tak bolehlah cepat melenting, meradang dan sebagainya. Misalnya bila suami baru balik kerja jangan terus mengadu jika ada masalah. Tentukan suami telah berehat, makan atau minum kemudian barulah berbincang. Ajarkan juga kepada anak-anak. Belajarlah karakter suami, ini mudah memahaminya dan menyesuaikan diri.

5 ulasan:

  1. Betul tu bong! Dan suami juga perlu cuba memahami hati isteri, terutama bila dah sampai usia nak monopause ni... mood yg tak menentu, sensitif semacam dan mudah terasa. Apa-apa hal jgn sembunyi apa-apa dgn isteri, libatkan dia sama terutamanya mengenai keluarga..... baru lah kita rasa sama-sama di hargai dan dihormati.... baru harmoni rumah tangga...

    BalasPadam
  2. Fati, aku cuma tulis ikut apa yg aku terfikir.Aku cuba buat tapi tak dapat 100% lagi,Tapi kalau % lulus 40% aku rasa aku lulus juga sekitar 60% itu aku ukur sendiri.Tapi yang penting mudah2an apa yang ditulis merupakan satu doa dan dimakbulkan.

    BalasPadam
  3. fatie
    aku tak taulah fatie...aku tak suka citer apa apa pada zai...sebab aku pikir laij pulak, aku tak mau dia pening kepala...jadi aku simpan jerlah dalam hati sempai kuar uban uban kepala aku...

    bong
    kau memang pandai mengayat dari dulu lagi..letih aku mendengarnya...aku baru ni jer pandai, tupun belajo dgn kau..

    BalasPadam
  4. agaknye dlm mesia ni berapa kerat la pasangan suami isteri yg saling memahami... boleh kira ngan jari kot...

    tp selalunya pasangan lebih suka diam diri dari kena marah/gaduh bila bukak mulut utk brcerita hal yg kita tk puas hati...

    apepun tahniah la kpd pasangan yg brjaya menjaga keharmonian sepanjang usia prkahwinan. mudah2an aku pun....

    BalasPadam
  5. Usop, itu memang jalan orang lelaki, malas nak panjang2kan cerita.Kau bayangkan Sop kalau Allah bagi kuasa talak pada orang perempuan aku rasa ramai lelaki duda.
    Teja,itu le yang sebaik-baiknya. Kau nak lepaskan tak puas hati kau lepaskan dalam blog, jangan kau pecahkan PC dah le

    BalasPadam