Hari ini 26 Syawal 1430H (rabu) sambutan hari raya idil fitri masih lagi disambut. Sambutan ini adalah bagi peringkat FELDA Wilayah Kuantan yang mempunyai 42 rancangan di bawah pentadbiran kami. Mereka yang terlibat ialah Gugusan Selancar, Gugusan Keratong, Gugusan Chini, Gugusan Lepar Hilir, Gugusan Panching, Gugusan Bukit Goh/Sagu/Kuantan, Kg New Zealand dan Gugusan Lepar Utara. Ini telah melibatkan semua petugas FELDA, Ketua Peneroka dan Penerokawati, Pengurus-pengurus FELDA Tecknoplan Sdn Bhd dan Ahli Parlemen serta ADUN yang ada di Wilayah Kuantan. Jumlah jemputan lebih kurang 500 orang.
Menu yang telah dihidangkan ialah gerai Sop Gear Box (termasuk mee dan mee hoon), gerai Kue Teaw, gerai ABC dan Cendol, Martabak, Rojak Buah, Puding Raja, tapai pulut, laksa Penang dan minuman sirap. Aku telah diberikan penghormatan untuk memulakan majlis dengan membacakan doa.
Beginilah kita mewah dengan makanan. Bagaimana agaknya ada kawan2 kita yang tak cukup makan? Kita juga hidup dengan aman damai tiada peperangan dan bencana alam yang teruk seperti negara lain. Majlis bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh. Selepas itu jam 2.00 ptg aku bersama Boss besar aku (RGM) terus ke Keratong 10 (150 km dari pejabat aku) bagi menghadiri majlis yang sama di sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam bong, macih sudi komen kat blog teja... hehe
BalasPadam