Sabtu, 24 Oktober 2009

AKU MERAPU LAGI MALAM INI

Pagi tadi sedang aku berehat di rumah aku mendapat panggilan rakan sekerjaku kerana dia menghadapi masalah tentang print chek untuk satu pembayaran. Aku pun pergi le ke pejabat untuk menyelesaikannya. Tengahari pula aku dan isteri kesayangan pergi menghadiri majlis kenduri kahwin anak rakanku di Sg Panching Timur. Balik rumah aku tidur tapi dah selesai tanggungjawap kepada Allah. Malam ni aku nak merapu lagi.
Keluarga adalah segala-galanya. Aku sanggup berkorban demi isteri dan anak-anak. Tanggungjawap mendidik anak-anak adalah tanggungjawap kita sebagai ibu dan bapa. Anak-anak perlu diasuh sendiri oleh ibu dan ayah barulah mereka membesar dalam persekitaran yang sihat.Apabila anak sudah meningkat dewasa dan boleh berdikari barulah ibu dan bapa merasa lega.  Kita hidup berkeluarga mestilah mengutamakan rumahtangga. Kita mesti selalu bersama keluarga. Isteri atau ibu sediakanlah makanan untuk dinikmati oleh suami dan anak-anak. Kita jangan membezakan kasih sayang kita kepada anak-anak. Asuhlah anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bagi aku masakan isteri dan ibu yang penuh dengan kasih sayang secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan yang lebih hebat. Memakan juadah yang disediakan oleh isteri dan ibu adalah satu kepuasan jika dibandingkan makan di luar.

Khamis, 22 Oktober 2009

AKU MERAPU MALAM INI

Malam ini aku tak tau apa yang aku tulis. Aku merapu je.
Walaupun rumah tangga melalui pasang surutnya, tapi sikap saling memahami di antara suami dan isteri boleh mengatasi segala masalah. Dalam rumah tangga suami isteri harus saling memahami. Semuanya perlu dibentuk di awal perkahwinan. Tapi yang sudah lama juga perlu buat begini bagi merubahkannya. Suami isteri perlu belajar kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Suami isteri perlu saling percaya dan perlu banyak bersabar. Tak bolehlah cepat melenting, meradang dan sebagainya. Misalnya bila suami baru balik kerja jangan terus mengadu jika ada masalah. Tentukan suami telah berehat, makan atau minum kemudian barulah berbincang. Ajarkan juga kepada anak-anak. Belajarlah karakter suami, ini mudah memahaminya dan menyesuaikan diri.

Isnin, 19 Oktober 2009

KERAS JIWA UNTUK BERJAYA

  • KERAS JIWA BERMAKNA BERSIFAT KUAT PERASAAN, KUAT FIKIRAN, KUAT CITA-CITA
  • ADA 3 CIRI PENTING DI DALAMNYA IAITU:-
  1. MEMILIKI AZAM YANG KUAT UNTUK MENJAYAKAN CITA-CITANYA.
  2. BERUSAHA SEPENUH TENAGA DAN FIKIRAN.
  3. TIDAK MUDAH TEWAS DAN MENYERAH KALAH KETIKA BERDEPAN DENGAN CABARAN
KITA PERLU MEMILIKI SIKAP KERAS JIWA YANG POSOTIF UNTUK SEMPURNAKAN TANGGONGJAWAB DAN MENJAYAKAN MISI KITA.

Khamis, 15 Oktober 2009

MAJLIS HARI RAYA IDIL FITRI FELDA WILAYAH KUANTAN

Hari ini 26 Syawal 1430H (rabu) sambutan hari raya idil fitri masih lagi disambut. Sambutan ini adalah bagi peringkat FELDA Wilayah Kuantan yang mempunyai 42 rancangan di bawah pentadbiran kami. Mereka yang terlibat ialah Gugusan Selancar, Gugusan Keratong, Gugusan Chini, Gugusan Lepar Hilir, Gugusan Panching, Gugusan Bukit Goh/Sagu/Kuantan, Kg New Zealand dan Gugusan Lepar Utara. Ini telah melibatkan semua petugas FELDA, Ketua Peneroka dan Penerokawati, Pengurus-pengurus FELDA Tecknoplan Sdn Bhd dan Ahli Parlemen serta ADUN yang ada di Wilayah Kuantan. Jumlah jemputan lebih kurang 500 orang.
Menu yang telah dihidangkan ialah gerai Sop Gear Box (termasuk mee dan mee hoon), gerai Kue Teaw, gerai ABC dan Cendol, Martabak, Rojak Buah, Puding Raja, tapai pulut, laksa Penang dan minuman sirap. Aku telah diberikan penghormatan untuk memulakan majlis dengan membacakan doa.




Beginilah kita mewah dengan makanan. Bagaimana agaknya ada kawan2 kita yang tak cukup makan? Kita juga hidup dengan aman damai tiada peperangan dan bencana alam yang teruk seperti negara lain. Majlis bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh.  Selepas itu jam 2.00 ptg aku bersama Boss besar aku (RGM) terus ke Keratong 10 (150 km dari pejabat aku) bagi menghadiri majlis yang sama di sana.

Ahad, 11 Oktober 2009

KEJAYAAN

  • Kejayaan diputuskan oleh diri sendiri. Kita mesti ada keyakinan memilih haluan kita sendiri untuk menuju kejayaan.
  • Kejayaan sebenarnya bukan merupakan akhirannya, tetapi sebagai proses untuk sampai ke arah matlamat dan usaha-usaha menuju pencapaian hasilnya.
  • Jika kita ingin berjaya kita perlu membuat "sacrifice" dan terpaksa membuat kompromi.
  • Jika sudah ada niat untuk berjaya, ketepikan orang yang boleh menghalang kita daripada membuat kejayaan.
  • Kejayaan dicapai kerana adanya "will" atau azam serta kemahuan diri yang kuat.

Selasa, 6 Oktober 2009

SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Hadis Nabi :
Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan barang siapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama.

Surah Al-Mudathsir ayat 42 dan 43 :
Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqarini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.

6 Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
  1. Allah kurangkan keberkatan umurnya
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  4. Doanya tertolak
  5. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  6. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala
3 Siksaan Ketika Sakaratul Maut

  1. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minuman air sebanyak 7 lautan
3 Siksaan Ketika Di dalam Kubur
  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  2. Kuburnya akan digelapkan
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
3 Siksaan Ketika Berada Di akhirat
  1. Ia akan dibelengu dan diseret ke padang mahsyar oleh malikat
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka