Bawang putih (
Allium satvum) dikenali ramai kerana berkesan dalam merawat pelbagai penyakit. Ia tergolong Liliaceae dan dalam kumpulan sama dengan bawang merah.Pelbagai kajian telah dijalankan, yang mana bawang putih boleh menjadi penawar beberapa jenis penyakit kronik.
Bawang putih berpotensi merawat masalah tekanan darah tinggi. Bahan aktifnya,
Allicin berupaya meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan mencegah kerosakan saluran darah yang lain.
Allicin juga boleh menurunkan pengumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko trombosis (pembekuan darah dalam salur darah) yang menyumbang kepada darah tinggi.
Bawang putih adalah ramuan tradisional yang selamat dan berkesan dalam merawat lelah, bronkitis (radang paru2) dan masalah pernafasan yang lain. Kandungan
eter dalam bawang putih adalah kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi sehingga boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru2. Bawang putih juga merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.
Bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat/gula. Bawang putih juga kaya dengan kalium, lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm. Seseorang yang berpenyakit kencing manis akan mempunyai asid yang ber lebihan (asidosis) yang bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur, yang mana kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
Golongan wanita sering menghadapi keadaan sedih, kemurungan, sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid. Keadaaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang ada bawang putih kerana ia akan merangsang pengeluaran haid. Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah
metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan disebabkan ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang putih yang mengandungi penggalak (thiamin) didapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal2 ibu.
Bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan kolosterol dalam tubuh. Kandungan sebatian fitokimia dalam bawang putih boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasai tubuh.
Secara keseluruhan bawang putih
merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai fungsi terapeutik. Ia bukan sahaja ramuan masakan, tetapi juga bertindak sebagai ubat untuk merawat penyakit.
copy dr pengguna feb 09
sumber: Rex Adam 1977 Makanan Penawar Yang Menakjubkan.
PETUA
Bawang putih boleh membantu melegakan sakit tekak. Caranya tumbuk beberapa ulas bawang putih dengan tidak terlalu halus. Kemudian campurkan dengan sedikit minyak masak. Sapukan campuran bawang putih dengan minyak masak di tempat yang sakit tekak itu. Jangan lupa membaca "Bismilah" dan selawat atas nabi saw.
nnt aku cuba, thanks!
BalasPadamTeja, kau nak cuba yg mana?
BalasPadamdh tentulah prmasalahan wanita... huhu, ko mcm tataw plak la bong aka zaidi... ngeeee!
BalasPadamAku dah agak, itu tumpuan pertama kau..
BalasPadam