Rabu, 2 Disember 2009

SIDDIQ ASAS BINA PERILAKU INSAN TERBILANG - Bahagian 1

Islam benci pembohongan, melainkan dalam keadaan sangat terdesak untuk niat kebaikan

Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, manusia bukan saja boleh menipu orang lain malah berdusta kepada diri sendiri. Ada yang sanggup berpura2 alim tetapi menyekutukan Allah. Ada pula menonjolkan peribadi Muslim sejati tetapi sebenarnya untuk mengaburkan mata orang ramai daripada mengetahui hakikat kehaiwanan diri mereka. Namun sifat siddiq atau benar adalah asas kemuliaan serta gambaran tingkah laku yang bersih dan suci manakala sifat berdusta berlawanan dengannya. Sifat benar adalah satu daripada sifat Allah seperti disebut dalam surah al-Nisa, ayat 87 yang bermaksud: "Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya selain dari Allah?" Jenis sifat siddiq iaitu benar pada lidah dengan menyampaikan sesuatu berita dengan benar, niatnya juga benar, tidak terdorong berbuat baik melainkan kerana Allah. Benar pada azam dan cita2 tidak teragak2 menunaikan apa yang dihasratkan. Benar pada janji dan amanah, tidak memungkiri janji adalah komponen sifat termasuk dalam diri seorang Muslim yang beriman. Sifat benar adalah sifat yang memberi ketenangan kepada jiwa yang mulia dan sifat mereka2 cerita berbohong akan menjadikan hati gelisah serta kebingungan. Banyak contoh dalam masyarakat hari ini menggambarkan gelisah dan tidak keruan disebabkan pembohongan yang dibuat. Muslim yang baik tentu tahu setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah nanti, tahu dirinya selalu diawasi Allah kerana setiap amal mempunyai catatan nilai disisi Allah. Ia selalu berusaha untuk jujur dalam perbuatan, bahkan memilih diam dari mengucapkan sesuatu yang tidak baik, merugikan diri sendiri serta orang lain.

4 ulasan:

  1. ada satu dalam ayat quran...kenapa kamu tak buat pada apa yang kamu katakan...ni yang takut ni di

    BalasPadam
  2. Aku suka membaca dan mendengar, jadi dlm hati kita perlu tanamkan dan berdoa dengan beristiqomah berbuat kebaikan seperti yg diajar oleh Islam dan junjungan besar Nabi Muhamad saw. Sambil menulis aku mengingatkan diri aku, keluarga aku dan kesemuanya, hanya itu yg mampu dan tidak menjadi kesalahan kan.

    BalasPadam
  3. kalau kau malas nak entri...jangan buat blog bong...kau pergi bakri batu 6, kau kebumikan jer blog kau ni...menat aku bukak jer...

    BalasPadam