Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik
Botol plastik terbahagi 2 jenis, yg boleh guna semula (jenis polikarbonat) dan tidak boleh digunakan semula seperti botol air mineral biasa (jenis polythylene, PET). Secara umumnya air yg terdapat dalam botol lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol belum dibuka. Ia juga lebih mudah dibawa kerana ia lebih ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah. Lagi2 semasa mendaki gunung dan melawat kawasan yg kurang bersih.
Walaupun botol plastik mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. Berikut adalah antara kesannya:
  1. Peningkatan jumlah sampah
Botol plastik biasanya digunakan sekali sahaja terutama yg berlebel no 1 tetera di bawah botol. Setiap orang dinasihatkan meminum air 8 gelas air sehari iaitu sekitar 4 botol (500ml). Bayangkan jumlah sampah botol plastik jika semua orang meminum 4 botol sehari. Ini bertambah buruk kadar kitar semula plastik di negara kita masih rndah (lingkungan 3%) dan botol plastik tidak dapat dibiodegradasikan.

2.  Pembaziran air

Proses penulenan yg kompleks dan panjang dan kehilangan akibat penyejatan (evoporation loss) semasa pengilangan air botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan 1 botol air terproses. Agen pencuci botol sewaktu pemprosesan botl boleh mencemarka air seperti sungai dan tasik.

3.  Pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Penghasilan botol plastik menggunakan sumber daripada petroleum, iaitu sumber yg tidak boleh diperbaharui. Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik. Sumber ini akan berkurang  bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat.

4.  Risiko kesihatan

Menurut kajian Sept., 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan laporan Nov., 2008  dari Progran Toksikologi Negara (Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat) botol plastik yg menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan, lebi2 lagi kanak2. Penggunaan yyg kasar seperti pendedahan lama kepada panas, mencuci dengan agen cuci yg kuat, atau mengisi dengan air yg mendidih boleh mempercepatkan bahn kimia ini mencemari air dalam botol.  BPA memberi kesan yg sama seperti hormon estrogen. Pengumpulanya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak, sistem kesuburan dan fungsi2 lain badan.

Penyelesaian

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yg digunakan ke pusat kitar semula. Ini menguruangkan botol plastik di tempat pelupusan sampah. Pastikan botol plastik itu tidak mengandungi Bisphenol A. Botol plastik mengandungi BPA selalunya mempunyai no 7 tertera di bawah botol tersebut. Namun ini tidak semua bernombor 7 mengandungi BPA kerana no 7 bermakna 'Lain-lain' jenis plastik. Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembuat botol.
Sebagai altenatif menggantikan botol plastik, gunakan botol kaca atau botol besi jenis tahan karat. Ia bukan sahaja mesra alam tetapi boleh digunakan semula. Pastikan anda mencuci botol ini dengan sabun pencuci dan pastikan ia kering sebelum mengisi semula dengan air. Ini kerana botol yang sentiasa mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan