Khamis, 26 November 2009

Perempuan dan Lelaki

Siapa yang mengajar perempuan jadi manja? Lelaki jugakan! Ini adalah lanjutan kepada lelaki perlu mengambil hati perempuan. Dikatakan apabila lelaki tidak pandai menjaga hati perempuan maka susahlah jadinya. Kalau perempuan merajuk sikit kena pujuk. Kalau tidak pujuk bimbang pula merajuknya memanjang. Bila sudah pujuk menjadi tanggung jawap pula. Akhirnya rasa bosan. Perempuan pula, bila sekali pujuk , hendak dua kali, mula melampau, ibarat beri betis hendakkan peha. Tak cukup-cukup. Mana lelaki larat nak melayan, meluat ada la. Ini berlaku adalah kerana perempuan banyak kerenah, letih hendak melayan terutama yang sudah bergelar isteri. Perempuan mahu dihargai, diberi perhatian dan diberi kasih sayang seperti sepatutnya, bukan dikasari dan diketepikan dalam setiap perhubungan. Seorang isteri akan mentaati suami jika hatinya dijaga dengan baik.
Akan tetapi wahai para perempuan bagaimana pula hak orang lelaki? Lelaki juga perlu dipujuk, perlu perhatian, perlu dijaga hatinya dan lelaki juga perlu dihargai terutama yang bergelar suami. Perempuan perlu ingat lelaki juga perlu dilayan seperti apa yang perempuan mahukan. Lelaki terutama suami juga perlu manja.

Buah bidara daun selasih
Ditabur mari di atas titi
Puji selalu, sayang berlebih
Itulah hadiah paling bererti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan