Khamis, 7 Januari 2010

Gadis Melayu - KEMANA HILANG MALU MEREKA? - part 1

Begitu seronok remaja2 Melayu menconteng arang ke muka kedu ibu bapa mereka. Bahkan paling jelas ialah mencemarkan imej bangsa Melayu apabila ada di kalangan remaja2 Melayu sama ada lelaki atau pun perempuan yang begitu bernafsu melakukan perbuatan terkutuk atas nama keseronokan dan  kebebasan. Mereka sanggup menunaikan desakan nafsu syaitan dengan melakukan penzinaan dan persetubuhan haram. Atas nama pembangunan mampan, remaja2 perempuan kini tidak lagi bimbang 'dara' yang menjadi 'mahkota suci' sebagaimana yang dipertahankan dan dibanggakan oleh orang2 tua zaman lampau, tetapi kini status dara tidak lagi begitu penting kepada golongan gadis2 remaja.
Mereka bukan sahaja sanggup membonceng di belakang motosikal teman lelaki sambil berpelukan, meraba dan memberikan kerelaan untuk dibawa ke mana sahaja oleh teman lelaki kononnya atas nama 'cinta'. Kerana cinta mereka sanggup menyerahkan tubuh dan mahkota kegadisan kepada teman lelaki masing2. Walaupun sesetengah teman lelaki mereka yang tidak jujur untuk meratah 'daging gebu' bersama2 rakan2 lelaki, tetapi gadis2 yang dianggap mangsa tidak bimbang gadisnya diragut kerana telah mendapat keseronokan nafsu.
Berbanding dengan gadis2 remaja zaman dahulu yang sanggup mati untuk mempertahankan dara masing2 dan begitu perit jika hal ketiadaan dara diketahui oleh kedua orang tua terutama 'bapa' mereka. Ini bertolak daripada sikap tegas orang2 tua zaman dahulu walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi malah dianggap jahil, namun mempertahankan maruah anak2 gadis mereka adalah perkara utama untuk menunjukkan orang2 tua zaman dahulu begitu mengambil berat terhadap gerak-geri anak2 gadis mereka. Tapi apa pula sikap orang2 tua hari ini yang dikatakan berpendidikan tinggi, kaya dan berada, tahu tentang undang2 dan sebagainya. Namun untuk mempertahankan anak2 gadis mereka daripada menjadi mangsa nafsu buas buaya darat hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi semata2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan