Selasa, 5 Januari 2010

Singa Jantan Pemalas?

Singa Jantan Pemalas?

Kenapakah hanya singa betina yang keluar memburu dan bukannya singa jantan? Singa jantan malaskah? Atau singa jantan itu spesies mengada-ngada? Oh, tidak. Tidak sama sekali. Ini kerana kedinamikan tubuh singa betina semata-mata.
Singa betina lebih kurus dan boleh bergerak dengan lebih pantas. Ia memangnya pemburu yang hebat dan tanpa bulu lehernya yang besar, singa betina boleh menyembunyikan diri dengan lebih mudah. Bayangkan seekor singa jantan menyorok di belakang poko! Ia tentu akan dijumpai oleh musuhnya kerana bulu lehernya yang lebat itu sangat susah disembunyikan.
Disamping itu singa jantan juga sibuk mengawal kawasan memburu untuk keperluan keluarganya. Maknanya, singa jantan bukan pemalas, tetapi penyayang dan sangat bertanggungjawab kepada keluarga.

2 ulasan:

  1. owang lelaki jgn jd mcm singa jantan okey!!!!

    BalasPadam
  2. Wong lanang keno bertanggungjawab, Ja!

    BalasPadam