Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis yang bertugas di kaunter. "Mmm.. tulis aja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri, anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian , isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan... 'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hahahahaa.....
BalasPadam