Jumaat, 8 Januari 2010

Gadis Melayu - KEMANA HILANG MALU MEREKA? - part 2

Berita2 gadis melayu terjebak dalam kancah seks bebas, berpeleseran seperti laporan media semakin membimbangkan. Setengah mereka mabuk minum arak, pil kuda, merokok, berpakaian ketat dan menjolok mata, masuk kelab malam, pesta seks sehingga melakukan persetubuhan haram sering dipaparkan. Ada yang terlibat dengan VCD dan video lucah dalam telefon bimbit. Ada gadis Melayu yang menjadi pertaruhan kepada "Mat Rempit". Boleh dibawa ke mana sahaja sekalipun boleh ditiduri. Gadis2 melayu ini dianggap murahan. Jika gadis2 itu berfikiran waras mereka tidak sewajarnya melibatkan diri dengan mat rempit. Mungkin banyak lagi aktiviti tersembunyi peringkat sekolah dan pust pengajian tinggi, yang kononnya atas alasan membayar yuran pelajaran, sanggup menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki hidung belang yang membayar harga tinggi dan diberikan telefon bimbit percuma supaya mudah dihubungi. Mereka semua tiada menyimpan perasaan malu. Di manakah maruah gadis melayu, yang pada suatu masa dahulu anak2 gadis melayu sentiasa di dalam keadaan suci, bertemu bakal tunang pun sukar apatah lagi untuk diusung ke sana ke mari dan melakukan perbuatan terkutuk jika dibandingkan dengan hari ini? Adakah gadis2 melayu sekarang boleh dipuji seperti dendangan penyanyi melalui lagi "Gadis Melayu" dengan tingkahlaku negetif sedemikian rupa.
Perbuatan gadis2 melayu seperti yang diceritakan buka sahaja mencemarkan maruah orang Melayu sebaliknya mencabar kesucian Islam yang turut mempertahan kaum Hawa dari diperalatkan atau menjadi alat golongan tertentu. Islam memandang tinggi kaum perempuan jika mereka dapat menjaga kehormatan dan maruah diri. Sebaliknya hari ini, mereka sendiri sengaja mendedahkan keaiban sifat2 kewanitaan malah sanggup dinodai kerana ingin kemewahan dan keseronokan sementara.
Dalam persoalan ini, apakah kelemahan dan sikap tidak ambil peduli dikalangan segelintir ibu bapa sebagai punca? Atau ia diakibatkan pembangunan pesat dalam negara yang tidak terkawal, pengaruh bisikan rakan2 atau berpunca daripada mental dan fizikal mereka sendiri yang sakit? Jika hal begini puncanya, bagaimanakah cara untuk membendung kenakalan anak2 gadis kita dari terjebak ke kancah seks bebas yang boleh merosakkan mereka sendiri tetapi hakikatnya boleh mencemarkan maruah orang Melayu dan mengaibkan kesucian Islam di mata agam2 lain. Justeru, tepuk dada tanyalah selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan