Kita hendaklah bersantun diantara satu sama lain agar segala sengketa tidak memihak kepada kita supaya hidup kita sentiasa beroleh keamanan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Segala tindak tanduk dan tutur kata Rasulullah saw terdapat suatu teladan yang baik bagi kita selaku umatnya ikuti. Justeru itu telada peristiwa israk dan mikraj perlu diambil agar kita menjadi manusia lebih baik dari sebelumnya.
Mari kita jadikan solat dan ibadat kita sebagai mikraj, kerana dengan solatlah seseorang manusia itu dapat sampai kepada tuhannya, yang sudah tentu dalam soalt itu hati sentiasa dipenuhi mengingati Allah (zikrullah). Peristiwa mikraj adalah satu peristiwa Rasulullah saw dalam peribadatan puncaknya dapat merasakan betapa nikmat berjumpa Allah swt yang maha hakiki.
Kita sebagai umat baginda sudah sewajarnya dapat merasakan di dalam peribadatan kita sebagaimana dirasakan oleh baginda di dalam solat seolah2 melihat Allah atau paling tidak merasakan Allah sedang melihat kita. Dalam mikraj, baginda gunakan buraq sebagai alat. Kita umatnya alat yang dapat kita berjumpa dengan Allah adalah solat. Dalam solat hati sentiasa mengingati Allah (zikrullah), kerana dalam solat yang hatinya lupa kepada Allah akan menjadi sia2. Sabda Rasulullah saw, "Banyak orang yang melakukan solat tetapi di mata Allah dianggap tidak melaksanakan kecuali dibalas sesuai dengan apa yang diingatkan di dalam hatinya." Hadis lain dari Amar bin Yasir, "Sesungguhnya orang yang mengerjakan solatnya tidaklah ditulis baginya kecuali sepersepuluh solatnya, sepersembilan, seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua." Ingat hati kepada Allah (zikrullah) adalah alat yang paling ampuh untuk menjaga hati agar tidak melirik ke sana ke sini. Rasulullah saw bersabda, "Tegap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah memelihara wuduk kecuali orang beriman." (HR.Malik) Sebuah hadis lagi, "Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Rabbnya adalah pada saat ia bersujud."(HR> Muslim)
Dalam kitab Miftahus-sudur di tulis Syaikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Ariffin:"Ibadat ini banyak ragamnya, banyak ucapannya, banyak pergerakannya. Akan tetapi yang diingat di dalam hati hanya satu, iaitu Allah swt saja." Dengan mengingat Allah segala ibadat akan sampai kepada Allah, justeru kita hendaklah terus berusaha untuk mendapatkan mikraj dalam beribadat kepada Allah. Sebagai manusia yang banyak melakukan kesalahan dan banyak kelemahan dalam pengetahuan, jangan mengharap dapat mikraj sebagaimana yang dialami oleh baginda saw yang dapat berjumpa dengan Allah secara langsung.
Dalam hadis Qudsi, Allah swt berfirman:"Jika kamu tidak melihat aku, ingatlah namaku secara berterusan, kerana aku tidak pernah berpisah dengan namaku sedikit pun." Setiap detik dan setiap hela nafas yang kita keluarkan dengan disertai zikrullah adalah merupakan perjumpaan kita dengan Allah yang memberi rahmat dan hidayah. Inilah mikraj yang sangat berkesan dan ianya dapat dilaksanakan oleh setiap orang. Justeru itu kita hendaklah melaksana solat dengan ikhlas hanya kerana Allah semata2.
Jumaat, 15 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan