Jumaat, 29 Januari 2010

"Marilah Kita Berusaha, Beramal dan Membangun dengan Besar Hati dan Wajah Yang Gembira Dan Muka Berseri.  Kita Teruskan Usaha Kita Dengan Seluruh Tenaga, Ilmu dan Semangat Yang Tersemat Di dada."
(Hamka)

Rabu, 27 Januari 2010

"Yakinlah bahawa dengan membentuk budaya kerja yang cemerlang, kita akan berhadapan dengan satu kepuasan kerja yang tiada tandingan."

Selasa, 26 Januari 2010

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui apa pun.  Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih."  (Surah An-Nahl: ayat 78)


"Kami pohonkan ya Allah! Semoga segala usaha yang kami curahkan ini akan menjadi sebahagian dari ibadah dan jihad murni bagi meningkatkan ketaqwaan diri kami selain melahirkan jiwa yang bersyukur dan berterima kasih atas segala nikmat dan kurnia Mu selama ini."

Isnin, 25 Januari 2010

"Orang-orang terkemuka telah menyedari bahawa tidak ada jalan istimewa untuk mendapatkan ketenangan.  Jalan yang harus ditempuh adalah cara lama yang menuntut kerajinan dan ketekunan."

Khamis, 21 Januari 2010

"Kita Harus Sedar Bahawa Kita Harus Menghadapi Pelbagai Cabaran Dalam Apa Juga Bidang Yang Kita Ceburi.  Hanya Mereka Yang Mempunyai Keyakinan Dan Keupayaaan Sahaja Yang Akan Dapat Menghadapi Persaingan Sengit Bagi Merebut Kejayaan"

Selasa, 19 Januari 2010

"Undang-undang adab dan budi perkerti membentuk kemerdekaan bekerja.  Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.  Dengan jalan menambah kecedasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir."

                                                                                                                                     Hamka

Jumaat, 15 Januari 2010

SOLAT ADALAH ALAT MENEMUI ALLAH

Kita hendaklah bersantun diantara satu sama lain agar segala sengketa tidak memihak kepada kita supaya hidup kita sentiasa beroleh keamanan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Segala tindak tanduk dan tutur kata Rasulullah saw terdapat suatu teladan yang baik bagi kita selaku umatnya ikuti. Justeru itu telada peristiwa israk dan mikraj perlu diambil agar kita menjadi manusia lebih baik dari sebelumnya.
Mari kita jadikan solat dan ibadat kita sebagai mikraj, kerana dengan solatlah seseorang manusia itu dapat sampai kepada tuhannya, yang sudah tentu dalam soalt itu hati sentiasa dipenuhi mengingati Allah (zikrullah). Peristiwa mikraj adalah satu peristiwa Rasulullah saw dalam peribadatan puncaknya dapat merasakan betapa nikmat berjumpa Allah swt yang maha hakiki.
Kita sebagai umat baginda sudah sewajarnya dapat merasakan di dalam peribadatan kita sebagaimana dirasakan oleh baginda di dalam solat seolah2 melihat Allah atau paling tidak merasakan Allah sedang melihat kita. Dalam mikraj, baginda gunakan buraq sebagai alat. Kita umatnya alat yang dapat kita berjumpa dengan Allah adalah solat. Dalam solat hati sentiasa mengingati Allah (zikrullah), kerana dalam solat yang hatinya lupa kepada Allah akan menjadi sia2. Sabda Rasulullah saw, "Banyak orang yang melakukan solat tetapi di mata Allah dianggap tidak melaksanakan kecuali dibalas sesuai dengan apa yang diingatkan di dalam hatinya." Hadis lain dari Amar bin Yasir, "Sesungguhnya orang yang mengerjakan solatnya tidaklah ditulis baginya kecuali sepersepuluh solatnya, sepersembilan, seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua." Ingat hati kepada Allah (zikrullah) adalah alat yang paling ampuh untuk menjaga hati agar tidak melirik ke sana ke sini. Rasulullah saw bersabda, "Tegap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah memelihara wuduk kecuali orang beriman." (HR.Malik) Sebuah hadis lagi, "Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Rabbnya adalah pada saat ia bersujud."(HR> Muslim)
Dalam kitab Miftahus-sudur di tulis Syaikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Ariffin:"Ibadat ini banyak ragamnya, banyak ucapannya, banyak pergerakannya. Akan tetapi yang diingat di dalam hati hanya satu, iaitu Allah swt saja." Dengan mengingat Allah segala ibadat akan sampai kepada Allah, justeru kita hendaklah terus berusaha untuk mendapatkan mikraj dalam beribadat kepada Allah. Sebagai manusia yang banyak melakukan kesalahan dan banyak kelemahan dalam pengetahuan, jangan mengharap dapat mikraj sebagaimana yang dialami oleh baginda saw yang dapat berjumpa dengan Allah secara langsung.
Dalam hadis Qudsi, Allah swt berfirman:"Jika kamu tidak melihat aku, ingatlah namaku secara berterusan, kerana aku tidak pernah berpisah dengan namaku sedikit pun." Setiap detik dan setiap hela nafas yang kita keluarkan dengan disertai zikrullah adalah merupakan perjumpaan kita dengan Allah yang memberi rahmat dan hidayah. Inilah mikraj yang sangat berkesan dan ianya dapat dilaksanakan oleh setiap orang. Justeru itu kita hendaklah melaksana solat dengan ikhlas hanya kerana Allah semata2.

Rabu, 13 Januari 2010

KESIAN!!!

Di sebuah kampung yang terpencil, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melansungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tetapi malang kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh!

Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkannya sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Pada malam pertama selepas bernikah dengan gadis sekampungnya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut. Sebab kematian isteri lelaki tersebut adalah kerana perpandang kat seluar dalam suaminya tertulis perkataan: 'Berat bersih: 50kg' betul-betul terletak di bahagian 'anunya'.

Ahad, 10 Januari 2010

Apa yang kamu lakukan itu, Iqbal?

Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan satu peristiwa yang amat berkesan di hatinya. Cerita cendekiawan yang berasal dari Paksitan itu berkisar dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata Iqbal... "Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh, dan ayah selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi, malah ayah juga bertanya, 'Apa yang kamu lakukan itu, Iqbal?', padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji. Saya menjawab, "Saya sedang membaca al-Quran ayah".
"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh. Jawapan yang saya berikan juga sama, setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh, bahawa saya sedang mengaji al-Quran.
"Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah. 'Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?' Jawab ayah, 'Nak, bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'
"Barulah saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan tersebut. Sejak saat itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan untuk diri saya."
"Saya tidak saja membaca, tetapi juga cuba mengerti. Bukan saja cuba mengerti, tetapi juga cuba memahaminya. Tidak setakat memahami, saya cuba mengamalkannya. Bukan saja mengamalkannya, malah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yang saya fahami."
Maka hari ini kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam, yang bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran, malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yang boleh.
Dari cerita di atas, walaupun sesibuk mana sekali pun kehidupan kita, maka janganlah kita lepaskan kesibukan itu dengan melupakan membaca al-Quran. Berilah sedikit masa kita untuk membaca al-Quran setiap hari dan cubalah memahaminya serta cubalah menerangkannya kepada orang lain, setidak-tidaknya kepada ahli keluarga kita terutama kepada isteri dan anak-anak kita.

Jumaat, 8 Januari 2010

Gadis Melayu - KEMANA HILANG MALU MEREKA? - part 2

Berita2 gadis melayu terjebak dalam kancah seks bebas, berpeleseran seperti laporan media semakin membimbangkan. Setengah mereka mabuk minum arak, pil kuda, merokok, berpakaian ketat dan menjolok mata, masuk kelab malam, pesta seks sehingga melakukan persetubuhan haram sering dipaparkan. Ada yang terlibat dengan VCD dan video lucah dalam telefon bimbit. Ada gadis Melayu yang menjadi pertaruhan kepada "Mat Rempit". Boleh dibawa ke mana sahaja sekalipun boleh ditiduri. Gadis2 melayu ini dianggap murahan. Jika gadis2 itu berfikiran waras mereka tidak sewajarnya melibatkan diri dengan mat rempit. Mungkin banyak lagi aktiviti tersembunyi peringkat sekolah dan pust pengajian tinggi, yang kononnya atas alasan membayar yuran pelajaran, sanggup menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki hidung belang yang membayar harga tinggi dan diberikan telefon bimbit percuma supaya mudah dihubungi. Mereka semua tiada menyimpan perasaan malu. Di manakah maruah gadis melayu, yang pada suatu masa dahulu anak2 gadis melayu sentiasa di dalam keadaan suci, bertemu bakal tunang pun sukar apatah lagi untuk diusung ke sana ke mari dan melakukan perbuatan terkutuk jika dibandingkan dengan hari ini? Adakah gadis2 melayu sekarang boleh dipuji seperti dendangan penyanyi melalui lagi "Gadis Melayu" dengan tingkahlaku negetif sedemikian rupa.
Perbuatan gadis2 melayu seperti yang diceritakan buka sahaja mencemarkan maruah orang Melayu sebaliknya mencabar kesucian Islam yang turut mempertahan kaum Hawa dari diperalatkan atau menjadi alat golongan tertentu. Islam memandang tinggi kaum perempuan jika mereka dapat menjaga kehormatan dan maruah diri. Sebaliknya hari ini, mereka sendiri sengaja mendedahkan keaiban sifat2 kewanitaan malah sanggup dinodai kerana ingin kemewahan dan keseronokan sementara.
Dalam persoalan ini, apakah kelemahan dan sikap tidak ambil peduli dikalangan segelintir ibu bapa sebagai punca? Atau ia diakibatkan pembangunan pesat dalam negara yang tidak terkawal, pengaruh bisikan rakan2 atau berpunca daripada mental dan fizikal mereka sendiri yang sakit? Jika hal begini puncanya, bagaimanakah cara untuk membendung kenakalan anak2 gadis kita dari terjebak ke kancah seks bebas yang boleh merosakkan mereka sendiri tetapi hakikatnya boleh mencemarkan maruah orang Melayu dan mengaibkan kesucian Islam di mata agam2 lain. Justeru, tepuk dada tanyalah selera.

Khamis, 7 Januari 2010

Gadis Melayu - KEMANA HILANG MALU MEREKA? - part 1

Begitu seronok remaja2 Melayu menconteng arang ke muka kedu ibu bapa mereka. Bahkan paling jelas ialah mencemarkan imej bangsa Melayu apabila ada di kalangan remaja2 Melayu sama ada lelaki atau pun perempuan yang begitu bernafsu melakukan perbuatan terkutuk atas nama keseronokan dan  kebebasan. Mereka sanggup menunaikan desakan nafsu syaitan dengan melakukan penzinaan dan persetubuhan haram. Atas nama pembangunan mampan, remaja2 perempuan kini tidak lagi bimbang 'dara' yang menjadi 'mahkota suci' sebagaimana yang dipertahankan dan dibanggakan oleh orang2 tua zaman lampau, tetapi kini status dara tidak lagi begitu penting kepada golongan gadis2 remaja.
Mereka bukan sahaja sanggup membonceng di belakang motosikal teman lelaki sambil berpelukan, meraba dan memberikan kerelaan untuk dibawa ke mana sahaja oleh teman lelaki kononnya atas nama 'cinta'. Kerana cinta mereka sanggup menyerahkan tubuh dan mahkota kegadisan kepada teman lelaki masing2. Walaupun sesetengah teman lelaki mereka yang tidak jujur untuk meratah 'daging gebu' bersama2 rakan2 lelaki, tetapi gadis2 yang dianggap mangsa tidak bimbang gadisnya diragut kerana telah mendapat keseronokan nafsu.
Berbanding dengan gadis2 remaja zaman dahulu yang sanggup mati untuk mempertahankan dara masing2 dan begitu perit jika hal ketiadaan dara diketahui oleh kedua orang tua terutama 'bapa' mereka. Ini bertolak daripada sikap tegas orang2 tua zaman dahulu walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi malah dianggap jahil, namun mempertahankan maruah anak2 gadis mereka adalah perkara utama untuk menunjukkan orang2 tua zaman dahulu begitu mengambil berat terhadap gerak-geri anak2 gadis mereka. Tapi apa pula sikap orang2 tua hari ini yang dikatakan berpendidikan tinggi, kaya dan berada, tahu tentang undang2 dan sebagainya. Namun untuk mempertahankan anak2 gadis mereka daripada menjadi mangsa nafsu buas buaya darat hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi semata2.

Rabu, 6 Januari 2010

Kenapa perut 'berkeroncong' bila kita lapar?

Jawapan kepada soalan 'kenapa'  itu bukanlah sesuatu yang mengujakan - perut berkeroncong sebenarnya adalah perkara biasa dalam proses penghadaman. Untuk makluman, semasa cecair makanan bergerak ke atas dan ke bawah dalam saluran penghadaman, perut mungkin berbunyi.
Itu adalah bunyi otot perut mengecut dan menolak kandungan perut melalui satu injap yang dipanggil pylorus. Ini akan berlaku dengan lebih kerap apabila perut melakukan proses penghadaman selama beberapa jam tanpa ditambah makanan.
Apa yang menyeronokkan adalah istilah bahasa Inggris yang merujuk kepada bunyi itu: borborygmus. Jadi, jika kita rasa bunyi keroncong 'brooobbb...buurrbbb' itu memalukan, kita boleh makan dalam kualiti yang sedikit dengan lebih kerap untuk mengelakkan perut kosong.

Selasa, 5 Januari 2010

Singa Jantan Pemalas?

Singa Jantan Pemalas?

Kenapakah hanya singa betina yang keluar memburu dan bukannya singa jantan? Singa jantan malaskah? Atau singa jantan itu spesies mengada-ngada? Oh, tidak. Tidak sama sekali. Ini kerana kedinamikan tubuh singa betina semata-mata.
Singa betina lebih kurus dan boleh bergerak dengan lebih pantas. Ia memangnya pemburu yang hebat dan tanpa bulu lehernya yang besar, singa betina boleh menyembunyikan diri dengan lebih mudah. Bayangkan seekor singa jantan menyorok di belakang poko! Ia tentu akan dijumpai oleh musuhnya kerana bulu lehernya yang lebat itu sangat susah disembunyikan.
Disamping itu singa jantan juga sibuk mengawal kawasan memburu untuk keperluan keluarganya. Maknanya, singa jantan bukan pemalas, tetapi penyayang dan sangat bertanggungjawab kepada keluarga.

Jumaat, 1 Januari 2010

SEKADAR BERKONGSI

Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis yang bertugas di kaunter. "Mmm.. tulis aja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri, anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian , isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan... 'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik
Botol plastik terbahagi 2 jenis, yg boleh guna semula (jenis polikarbonat) dan tidak boleh digunakan semula seperti botol air mineral biasa (jenis polythylene, PET). Secara umumnya air yg terdapat dalam botol lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol belum dibuka. Ia juga lebih mudah dibawa kerana ia lebih ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah. Lagi2 semasa mendaki gunung dan melawat kawasan yg kurang bersih.
Walaupun botol plastik mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. Berikut adalah antara kesannya:
  1. Peningkatan jumlah sampah
Botol plastik biasanya digunakan sekali sahaja terutama yg berlebel no 1 tetera di bawah botol. Setiap orang dinasihatkan meminum air 8 gelas air sehari iaitu sekitar 4 botol (500ml). Bayangkan jumlah sampah botol plastik jika semua orang meminum 4 botol sehari. Ini bertambah buruk kadar kitar semula plastik di negara kita masih rndah (lingkungan 3%) dan botol plastik tidak dapat dibiodegradasikan.

2.  Pembaziran air

Proses penulenan yg kompleks dan panjang dan kehilangan akibat penyejatan (evoporation loss) semasa pengilangan air botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan 1 botol air terproses. Agen pencuci botol sewaktu pemprosesan botl boleh mencemarka air seperti sungai dan tasik.

3.  Pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Penghasilan botol plastik menggunakan sumber daripada petroleum, iaitu sumber yg tidak boleh diperbaharui. Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik. Sumber ini akan berkurang  bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat.

4.  Risiko kesihatan

Menurut kajian Sept., 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan laporan Nov., 2008  dari Progran Toksikologi Negara (Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat) botol plastik yg menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan, lebi2 lagi kanak2. Penggunaan yyg kasar seperti pendedahan lama kepada panas, mencuci dengan agen cuci yg kuat, atau mengisi dengan air yg mendidih boleh mempercepatkan bahn kimia ini mencemari air dalam botol.  BPA memberi kesan yg sama seperti hormon estrogen. Pengumpulanya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak, sistem kesuburan dan fungsi2 lain badan.

Penyelesaian

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yg digunakan ke pusat kitar semula. Ini menguruangkan botol plastik di tempat pelupusan sampah. Pastikan botol plastik itu tidak mengandungi Bisphenol A. Botol plastik mengandungi BPA selalunya mempunyai no 7 tertera di bawah botol tersebut. Namun ini tidak semua bernombor 7 mengandungi BPA kerana no 7 bermakna 'Lain-lain' jenis plastik. Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembuat botol.
Sebagai altenatif menggantikan botol plastik, gunakan botol kaca atau botol besi jenis tahan karat. Ia bukan sahaja mesra alam tetapi boleh digunakan semula. Pastikan anda mencuci botol ini dengan sabun pencuci dan pastikan ia kering sebelum mengisi semula dengan air. Ini kerana botol yang sentiasa mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria.