Selasa, 10 November 2009

Undang-undang Bercinta Ke 2

2.  Berkongsi Hati
Ramai yang boleh kongsi makan dan minum, tidur setilam, kongsi wang ringgit dan rumah besar tapi berapa ramai yang rela berkongsi hati dan perasaannya bersama pasangan. Kadang2 isteri tengah sedih, suami selamba saja melepak bersama rakan melepas bosan di luar rumah. Biarkan isteri keseorangan, tak mahu mendengar isi hati. Isteri pula ada yang tidak perasan gejolak jiwa suami yang tertekan. Suami sedih sebab ada masalah kerja lalu berperangai dingin terhadap isteri, isteri kata suami ada wanita lain. Duit habis sebab kahwin baru atau perangai pelik sebab sembunyikan dosa daripada isteri padahal suami hanya tertekan masalah  kerjayanya saja. Ini semua akibat tidak mahu berkongsi hati. Bukankah amat berbahaya menjadikan hati kita rosak kerana tidak dirawat, kurang disentuh oleh pasangan dan dijangkiti penyakit buruk sangka berlebihan. Pasangan yang bahagia amat mementingkan perkongsian hati dalam melayari kehidupan rumah tangga. Hati adalah punca kebahagian manusia, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Jadi jangan anggap remeh menyentuh hati pasangan   kerana ia adalah punca kebahagian sebenar. Oleh itu sama2lah kita berusaha menjaga dan berkongsi hati pasangan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan