Esok adalah tanggal 19hb November, 2009. Ini bermakna genap 24 tahun aku menikahi isteriku yang seorang sekarang ini. Aku menikahi isteriku pada 19hb November, 1985. Isteriku bernama Hajah Halimatu Sadiah bt Sani. Aku amat menyangi isteri aku yang seorang ini. Sempena utang tahun pernikahanku ke 24 tahun ini aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada isteriku. Terima kasih keran telah sudi mengharungi kehidupan bersam aku selama ini. Terima kasih kepada isteriku kerana sanggup berkongsi susah senang bersama aku. Terima kasih isteriku kerana telah melahirkan dua zuriat cahaya mata aku. Terima kasih isteriku kerana telah membesarkan sepasang anak-anakku. Terima kasih isteriku yang menjaga makan dan pakai aku. Terima kasih isteriku kerana menjaga aku ketika aku menjalani pembedahan. Terima kasih isteriku atas kesetianmu. Dengan ucapan yang tidak boleh diungkapkan dan di senaraikan aku mengucapkan segala-galanya terima kasih. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas Syurga atas segala-galanya. Aku sentiasa berdoa dalam setiap detik agar kita akan berkekalan dan beroleh kebahagian yang lebih baik lagi. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi petunjuk, taufik dan hidayah agar kita sekeluarga diberikan jalan yang lurus (betul) tidak bengkang bengkok, jalan yang benar. Tidak keterlaluan aku katakan kau adalah teman aku yang sentiasa menerangi dan menyinari kehidupanku. Percayalah dengan akal fikiran yang waras, pada masa dan ketika ini aku tetap setia dan sayang kepada mu isteriku. Aku sentiasa berdoa agar kita bekekalan dan berbahagia kehingga akhir hayat dunia dan akhirat. Amin...
Rabu, 18 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bong, tarikh tu sama dgn tarikh lahir aku.
BalasPadamKhir, Selamat Hari Lahir, semuga kau sihat dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat
BalasPadamSalam Bong,
BalasPadamAku tak tau macam mana nak balas jasa bini aku tapi bini aku cakap dia suka aku pasal aku suka buat dia senyum. Hari ini anak aku dapat 5A dan 2 tahun lps pun ada yg dapat 5A. Anak aku dapat 5A tanpa aku.. cuma emak dia yg membimbing...
Bag, begitu le pengorbanan isteri dan ibu. Kita je kadang2 terlepas pandang. Tapi hakikatnya kita menyayangi dia. Cuma nak tunjukkan je susah, kerana kasih sayang adalah sangat halus.
BalasPadamSalam Bong Selamat ulang tahun ke 24 th Semoga berbahgia hingga keakhir hayat
BalasPadamkau jangan ngorat ngorat dan main geli geli dgn pompuan lain di...tu hadiah paling baik untuk mak aji kau tu....ingat..kalau tak aku belasah kau
BalasPadamTerima kasih Mohd Noor dan Usop. Aku ingat pesan kau Sop, tapi geli geli ngan kau boleh kan.
BalasPadam