Ahad, 27 Disember 2009

BAWANG PUTIH - Penawar

Bawang putih (Allium satvum) dikenali ramai kerana berkesan dalam merawat pelbagai penyakit. Ia tergolong Liliaceae dan dalam kumpulan sama dengan bawang merah.Pelbagai kajian telah dijalankan, yang mana bawang putih boleh menjadi penawar beberapa jenis penyakit kronik.
  • Tekanan darah tinggi 
Bawang putih berpotensi merawat masalah tekanan darah tinggi. Bahan aktifnya, Allicin berupaya meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan mencegah kerosakan saluran darah yang lain. Allicin juga boleh menurunkan pengumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko trombosis (pembekuan darah dalam salur darah) yang menyumbang kepada darah tinggi.
  • Masalah pernafasan
Bawang putih adalah ramuan tradisional yang selamat dan berkesan dalam merawat lelah, bronkitis (radang paru2) dan masalah pernafasan yang lain. Kandungan eter dalam bawang putih adalah kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi sehingga boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru2. Bawang putih juga merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.
  • Kencing manis
Bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat/gula. Bawang putih juga kaya dengan kalium, lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm. Seseorang yang berpenyakit kencing manis akan mempunyai asid yang ber lebihan (asidosis) yang bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur, yang mana kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
  • Pemasalahan wanita
Golongan wanita sering menghadapi keadaan sedih, kemurungan, sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid. Keadaaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang ada bawang putih kerana ia akan merangsang pengeluaran haid. Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan disebabkan ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang putih yang mengandungi penggalak (thiamin) didapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal2 ibu.
  • Tahap kolesterol
Bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan kolosterol dalam tubuh. Kandungan sebatian fitokimia dalam bawang putih boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasai tubuh.
Secara keseluruhan bawang putih merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai fungsi terapeutik. Ia bukan sahaja ramuan masakan, tetapi juga bertindak sebagai ubat untuk merawat penyakit.

copy dr pengguna feb 09
sumber: Rex Adam 1977 Makanan Penawar Yang Menakjubkan. 

PETUA
Bawang putih boleh membantu melegakan sakit tekak. Caranya tumbuk beberapa ulas bawang putih dengan tidak terlalu halus. Kemudian campurkan dengan sedikit minyak masak. Sapukan campuran bawang putih dengan minyak masak di tempat yang sakit tekak itu.  Jangan lupa membaca "Bismilah" dan selawat atas nabi saw.

 

Sabtu, 26 Disember 2009

SEKADAR BERKONGSI

  • Apabila kita membuang air kecil, badan akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. Ia umpama kita membuka minuman berkarbonat, gas akan meletup keluar sebaik penutup botol dibuka. Hanya sekali sahaja letupan boleh berlaku kerana kita perlu menunggu lama untuk buih tersebut terbentuk semula.
  • Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki; jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Ada sesiapa boleh jawab, kenapa?
  • Kita lebih berisiko untuk dipanah petir daripada dimakan jerung; kita lebih berisiko disengat lebah pada cuaca berangin berbanding cuaca tenang; dan tubuh kita lebih banyak membakar kalori ketika tidur berbanding ketika duduk menonton televisyen.
  • Tiga fakta ringkas tentang keajiban tubuh manusia; Badan kita menghasilkan dua kuart  (2.272 liter) air liur setiap hari. Otak manusia mengandungi 80 peratus air. Dan yang terakhir, otot membentuk separuh daripada berat badan kita.
  • Belang kita lihat pada harimau bukan sekadar pada badannya, tetapi juga pada kulitnya.
  • Secara puratanya, kita akan terhenti bercakap setiap tujuh minit.

BERAPAKAH BERAT KEPALA ANDA?

Berat normalnya ialah lebih kurang 7.5 peratus daripada berat badan seseorang manusia. Jika berat badan anda lebih kurang 40 kilogram, maka berat kepala anda ialah sekitar 3 kilogram. Jika anda seorang yang mempunyai berat badan 90 kilogram, bermakna berat kepala anda ialah 6.75 kilogram.
Ada banyak benda yang membentuk jisim di dalam kepala. Antaranya, kepala ada mempunyai 22 tulang - kranium yang melindungi otak, mempunyai lapan tulang dan muka, 14. Jadi, bila anda letih bila menegakkan kepala, anda tahu kenapa. Ia berat!

Jumaat, 25 Disember 2009

AWAS! Nombor boleh MEMBUNUH

Hari ini aku tebaca satu artikal tentang nombor. Bukan nombor 4 digit yang boleh ditikam, tapi nombor boleh Membunuh.
Anda boleh bermesra dengan angka dan melihat keajibannya. Lihatlah:

  • Nombor 2520 boleh dibahagi dengan 1, dan 2, dan 3, dan 4,5,6,7,8 dan 9, tanpa meninggalkan baki.
  • Nombor 37, yang tidak boleh dibahagi dengan nombor-nombor lain kecuali 1, adalah nombor yang boleh terhasil apabila nombor-nombor ini dibahagikan dengannya, iaitu 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888 dan 999.
  • Ada cara untuk menghasilkan nombor 1 dengan menggunakan 10 nombor secara serantak, iaitu:
          148    35
          ___ + __ = 1
          296    70
  • Bekas Republik Yugoslavia menggunakan/mempunyai dua huruf rasmi itu Latin dan Cyrillic, tiga agama utama (Kristian ortodok, katolik dan Islam), empat budaya (Latin, Jerman, /slav dan Timur), lima bangsa (Serb, Croat, Sloven, Macedonia dan Montenegrin), enam republik (Serbia, Croatia, Sloven, Macedonia, Montenegro dan Bosnia-Herezegovina) sert tujuh negara jiran (Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Greece dan Albania).
  • Memang seronok bermain dengan angka, tetapi awas, angka bukan saja boleh memeningkan anda, malah ia juga boleh menbunuh (seperti yang terjadi di bekas Republik Yugoslavia). m

Rabu, 23 Disember 2009

SIDDIQ ASAS BINA PERILAKU INSAN TERBILANG - Bahagian Akhir

Sabda rasullah saw dalam hadis Ummu Kaltsum "Aku mendengar rasullah saw bersabda yang bermaksud:"Tidaklah dikatakan pendusta orang yang mendamaikan manusia (yang berseteru), melainkan apa yang dikatakan adalah kebaikan." (Muttafaq 'Alaih). Justeru apabila berurusan hendaklah kita pastikan kita menjauhi pembohongan baik melalui perkataan mahupun perbuatan kerana ia boleh menggugat nama baik agama dan umat islam seluruhnya. Islam bukanlah agama yang menganjurkan penipuan melainkan dalam keadaan terdesak dan menjauhi kemudaratan yang besar. Alangkah indahnya dunia jika Islam terus berkibar dan megah di mana2, umat Islam menunjukkan jiwa Islam yang sebenar, bukan berbalah dan berdusta asalkan menang dalam bicara, sebaliknya menegakkan kebenaran dengan berpaksikan al-Quran dan al-Hadis semata2, bukan yang lainnya.

Selasa, 22 Disember 2009

SIDDIQ ASAS BINA PERILAKU INSAN TERBILANG - Bahagian 2

Agak lama juga aku tidak meneruskan enteri. Malam ini aku berasa ada kelapangan, jadi aku meneruskan enteri sambungan 'siddiq asas bina perilaku insan terbilang'.
Allah berfirman yang bermaksud "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malikat yang sentiasa sedia (mencatatnya)".  Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim, rasullah saw ditanya, "Adakah seseorang muslim itu penakut? Jawab nabi saw : mungkin. Baginda ditanya lagi: "Adakah mungkin ia bakhil? nabi saw menjawab: Mungkin. Ditanya lagi: "Adakah mungkin ia dusta? Jawab nabi saw : Tidak.  Rasullah saw tidak mengiktraf orang yang berdusta atau berbohong sebagai muslim maka dapatlah digambarkan betapa bencinya rasullah saw kepada umatnya yang berdusta kerana pembohongan dapat memutuskan ikatan silaturahim, memecahbelahkan masyarakat, meruntuhkan institusi kekeluargaan, merobohkan keutuhan organisasi serta menggoncang keimanan. Walaupun demikian, kejujuran terkadang boleh menjadi sesuatu yang tidak dianjurkan dalam Islam, jika kejujuran tidak membawa masalahat yang mulia, sebaliknya mendatangkan mudarat lebih besar. Dalam hal ini dusta dibolehkan, malah ia menjadi wajib dilakukan.  Ada syarat tertentu yang membolehkan pendustaan.  Jika sesuatu yang mulia ingin dilakukan dan ia dapat diraih atau dicapai tanpa berdusta pada saat itu hukumnya haram. Jika sebaliknya, tidak ada cara lain dapat mencapai tujuan mulia dan terpuji serta kebaikan besar melainkan berdusta, maka pada keadaan ini dibolehkan. Ulama menjelaskan hukum dibolehkan berdusta jika maksud ingin dicapai adalah sesuatu yang harus, maka saat itu adalah harus. Jika maksud ingin dicapai wajib maka dusta saat itu menjadi wajib. Sebahagian ulama seperti al-Imam an-Nawawi dan Syaikh Ibnu Utsaimin berpendapat sikap lebih berhati2 dan lebih utama dalam hal ini mengungkapkan maksud yang benar dan tidak berdusta jika disandarkan maksudnya walaupun berdusta daripada zahir lafaznya. Contoh dalam hadis riwayat Bukhari, ketika rasullah saw membonceng Abu Bakar di atas kenderaan sahabat baginda. Ada seorang bertanya Abu Bakar tentang rasullah saw, beliau berkata: "Ini adalah seorang penunjuk jalanku." Orang yang bertanya menganggap jalan yang dimaksudkan adalah makna haqiqi, tapi Abu Bakar maksudkan ialah jalan kebaikan, semata2 kemaslahatan rasullah saw daripada ancanan musuh.

Rabu, 2 Disember 2009

SIDDIQ ASAS BINA PERILAKU INSAN TERBILANG - Bahagian 1

Islam benci pembohongan, melainkan dalam keadaan sangat terdesak untuk niat kebaikan

Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, manusia bukan saja boleh menipu orang lain malah berdusta kepada diri sendiri. Ada yang sanggup berpura2 alim tetapi menyekutukan Allah. Ada pula menonjolkan peribadi Muslim sejati tetapi sebenarnya untuk mengaburkan mata orang ramai daripada mengetahui hakikat kehaiwanan diri mereka. Namun sifat siddiq atau benar adalah asas kemuliaan serta gambaran tingkah laku yang bersih dan suci manakala sifat berdusta berlawanan dengannya. Sifat benar adalah satu daripada sifat Allah seperti disebut dalam surah al-Nisa, ayat 87 yang bermaksud: "Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya selain dari Allah?" Jenis sifat siddiq iaitu benar pada lidah dengan menyampaikan sesuatu berita dengan benar, niatnya juga benar, tidak terdorong berbuat baik melainkan kerana Allah. Benar pada azam dan cita2 tidak teragak2 menunaikan apa yang dihasratkan. Benar pada janji dan amanah, tidak memungkiri janji adalah komponen sifat termasuk dalam diri seorang Muslim yang beriman. Sifat benar adalah sifat yang memberi ketenangan kepada jiwa yang mulia dan sifat mereka2 cerita berbohong akan menjadikan hati gelisah serta kebingungan. Banyak contoh dalam masyarakat hari ini menggambarkan gelisah dan tidak keruan disebabkan pembohongan yang dibuat. Muslim yang baik tentu tahu setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah nanti, tahu dirinya selalu diawasi Allah kerana setiap amal mempunyai catatan nilai disisi Allah. Ia selalu berusaha untuk jujur dalam perbuatan, bahkan memilih diam dari mengucapkan sesuatu yang tidak baik, merugikan diri sendiri serta orang lain.

Khamis, 26 November 2009

Perempuan dan Lelaki

Siapa yang mengajar perempuan jadi manja? Lelaki jugakan! Ini adalah lanjutan kepada lelaki perlu mengambil hati perempuan. Dikatakan apabila lelaki tidak pandai menjaga hati perempuan maka susahlah jadinya. Kalau perempuan merajuk sikit kena pujuk. Kalau tidak pujuk bimbang pula merajuknya memanjang. Bila sudah pujuk menjadi tanggung jawap pula. Akhirnya rasa bosan. Perempuan pula, bila sekali pujuk , hendak dua kali, mula melampau, ibarat beri betis hendakkan peha. Tak cukup-cukup. Mana lelaki larat nak melayan, meluat ada la. Ini berlaku adalah kerana perempuan banyak kerenah, letih hendak melayan terutama yang sudah bergelar isteri. Perempuan mahu dihargai, diberi perhatian dan diberi kasih sayang seperti sepatutnya, bukan dikasari dan diketepikan dalam setiap perhubungan. Seorang isteri akan mentaati suami jika hatinya dijaga dengan baik.
Akan tetapi wahai para perempuan bagaimana pula hak orang lelaki? Lelaki juga perlu dipujuk, perlu perhatian, perlu dijaga hatinya dan lelaki juga perlu dihargai terutama yang bergelar suami. Perempuan perlu ingat lelaki juga perlu dilayan seperti apa yang perempuan mahukan. Lelaki terutama suami juga perlu manja.

Buah bidara daun selasih
Ditabur mari di atas titi
Puji selalu, sayang berlebih
Itulah hadiah paling bererti

Selasa, 24 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 21 hingga 25

21.  Lebih baik mengalami putus cinta dari tidak pernah merasai nikmat cinta. Bila kita kecewa, kita dapat mempelajari sesuatu dan terutama menyelesaikan masalah. Ini juga akan mematangkan kita dan belajar mengendalikan diri berhadapan dalam sesuatu situasi.
22.  Bersukan salah satu aktiviti yang mampu melupakan pada masalah yang dialami.
23.  Bila menangis dongakkan wajah supaya airmata boleh berhenti dalam waktu yang singkat. Jangan menangis berlebihan atau mencucuk mata dengan garpu, nanti jadi macam Kasim Selamat merindukan Sabariah.
24. Gambarkan secara fizik, emosi, spiritual dan kemampuan profesional.
25.  Percayalah kepada takdir. Tidak semua yang indah itu akan berakhir dengan gembira. Episod sedih yang dilalui bukan penamat keceriaan. Pasrah kepada ketentuan. Hadapi dengan dada yang lapang, nescaya akan tersenyum di kemudian hari.

Isnin, 23 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 16 hingga 20

16.  Jadikan kucing sebagai teman kerana kucing antara haiwan peliharaan yang amat memahami.
17.  Pakai pakaian berwarna hijau kerana hijau mampu memberi tenaga kepada perasaan yang tercalar dan membantu menaikkan senula semangat. Ini dikatakan oleh penulis buku 'The Color Secrets' Mary Lambert.
18.  Buang segala barangan yang berkaitan dengan peristiwa walaupun sekeping gambar, supaya luka lama tidak berdarah kembali.
19.  Berfantasi tentang apa yang kamu inginkan agar dapat menyingkirkan perasaan sedih.
20.  Bemandi dengan mandian istemewa seperti aroma terapi, lulur, sauna dan bunga2an supaya memberikan ketenangan jiwa.

Ahad, 22 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 11 hingga 15

11.  Ucapkan berkali2 kata2 yang boleh menaikkan semula semangat kita. Lebih mujarab diucapkan sebaik bangun pagi.
12.  Jika berkebolehan bermain muzik, alunkan nada dan irama mengikut perasaan kita. Ia memberi inspirasi untuk menyelesaikan masalah dan memberikan ketenangan jiwa.
13.  Harus ingat semua manusia tidak sempurna. Terima saja seadanya. Jangan terlalu memilih dan cerewet, takut nanti akan kecewa sekali lagi.
14.  Cari buku2 psikologi yang berupaya membantu menyelesaikan masalah dan ketenangan jiwa. Majalah  boleh juga.
15.  Lakukan kembali apa yang ingin kita lakukan seperti aktiviti dulu2.

Sabtu, 21 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 6 hingga 10

6.   Menari! Pasangkan muzik yang rancak dan ayunkan gerak tari. Walaupun tarian sumbang, pedulikan je. Janji legakan tekanan. Menurut pakar psikologi muzik rancak merangsang priduksi 'endorfin' sebanyak 42 denyutan per minit.
7.   Patah hati adalah gangguan perasaan yang sementara je. Menurut Profesor Petruscka Clarkson, 'semakin sakit perasaan kita di saat putus cinta, semakin kuat cinta kita terhadap bekas kekasih.' Jadi janganlah terlalu sakit hati.
8.   Pergi kelas mempertahankan diri untuk melepaskan geram bagi membebaskan diri yang sedang marah. Kalau di rumah lepaskan geram dengan membantai bantal. Ini tidak mencederakan diri kita.
9.   Ubah penampilan diri. Peragakan penampilan dengan imej baru yang akan menimbulkan mood baru.
10.  Lupakan diet. Makan sepuasnya sambil menonton VCD komedi.

Jumaat, 20 November 2009

25 Tips Ubati Kedukaan - 1 hingga 5

Cinta oh cinta.
Hari2 indah bersama si dia sudah berakhir. Sudah puas berjuraian air mata, menyesali apa yang terjadi. Namun begitu, sampai bila kamu harus menangisi perpisahan ini. Apa yang terjadi, tetap akan terjadi dan kamu harus terus melangkah tanpa menoleh ke belakang. CINTA OH CINTA ada tips bagaimana kamu boleh mengubati kedukaan.
  1. Jangan terus hanyut dalam kedukaan. Bangkit dan katakan "Iwill survive" seperti lagu Gloria Gaynor. Perlu ingat bukan kita saja yang mengalami peristiwa sedih. Malah ramai lagi yang lebih malang dari kita. Yang pasti sinar  kebahagiaan menanti hari esok. Bangkit dan teruskan kehidupan dengan fikiran terbuka.
  2. Luangkan masa untuk diri sendiri. Menangislah jika mahu menangis. Ia akan memberi kelegaan dan membantu diri lebih tenang.
  3. Perlu yakin masih ada lagi insan yang ditakdirkan untuk bersama kita kelak. Jangan mudah putus asa dan jangan serik.
  4. Carilah 'puch bag' dan tendang sekuat hati. Lepaskan geram, ops jangan pukul orang yang sebenar nanti kes polis pula.
  5. Bergaya sakan. Pakai baju yang paling 'vogue' dan menampakkan perbezaan seperti biasa. Pergi tempat yang sesuai untuk dilawati dan habiskan masa seharian di situ. Lupakan segala yang pernah berlaku.

Rabu, 18 November 2009

HARI BERSEJARAH DALAM KEHIDUPAN AKU



Esok adalah tanggal 19hb November, 2009. Ini bermakna genap 24 tahun aku menikahi isteriku yang seorang sekarang ini. Aku menikahi isteriku pada  19hb November, 1985. Isteriku bernama Hajah Halimatu Sadiah bt Sani. Aku amat menyangi isteri aku yang seorang ini. Sempena utang tahun pernikahanku ke 24 tahun ini aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada isteriku. Terima kasih keran telah sudi mengharungi kehidupan bersam aku selama ini. Terima kasih kepada isteriku kerana sanggup berkongsi susah senang bersama aku. Terima kasih isteriku kerana telah melahirkan dua zuriat cahaya mata aku. Terima kasih isteriku kerana telah membesarkan sepasang anak-anakku. Terima kasih isteriku yang menjaga makan dan pakai aku. Terima kasih isteriku kerana menjaga aku ketika aku menjalani pembedahan. Terima kasih isteriku atas kesetianmu. Dengan ucapan yang tidak boleh diungkapkan dan di senaraikan aku mengucapkan segala-galanya terima kasih. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas Syurga atas segala-galanya. Aku sentiasa berdoa dalam setiap detik agar kita akan berkekalan dan beroleh kebahagian yang lebih baik lagi. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi petunjuk, taufik dan hidayah agar kita sekeluarga diberikan jalan yang lurus (betul) tidak bengkang bengkok, jalan yang benar. Tidak keterlaluan aku katakan kau adalah teman aku yang sentiasa menerangi dan menyinari kehidupanku. Percayalah dengan akal fikiran yang waras, pada masa dan ketika ini aku tetap setia dan sayang kepada mu isteriku. Aku sentiasa berdoa agar kita bekekalan dan berbahagia kehingga akhir hayat dunia dan akhirat. Amin...

Isnin, 16 November 2009

Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 2

Allah mengiangatkan hambanya dalam firman yang bermaksud: "Dan dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk siapa yang mahu beringat (memikirkannya) atau mahu bersyukur (akan nikmatnya)." Surah Al-Furqan, ayat 62. Pengurusan masa amat dititikberatkan oleh islam supaya setiap muslim dapat mengisinya dengan perkara berfaedah. Bukan saja untuk dirinya tapi juga kesejahteraan umah sejagat kerana islam tidak suka penganutnya membuang masa tanpa berbuat sesuatu. Seseorang itu tidak dapat menghargai masa selagi ia tidak menyedari bahaya dan kesan buruk akan diterimanya dengan sikap membuang masa. Justeru mensia2kan masa lapang mendatangkan kerugian tidak ternilai kerana masa tak dapat diputar ke belakang. Sabda rasullah saw bermaksud: "Dua nikmat dari nikmat Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang." Riwayat Bukhari. Hargai masa dengan buat kerja tak berfaedah juga tidak memberi makna. Masa mesti dimanafaatkan dengan kerja kebaikan kehidupan dunia dan akhirat. Pesan rusullah lagi:"Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara." Masa mudamu sebelum tuamu. Masa sihatmu sebelum sakitmu. Masa kayamu sbelum fakirmu. Masa lapangmu sebelum kesibukanmu. Masa hidupmu sebelum matimu. Ini jelas masa perlu dihargai agar tidak terlepas begitu sahaja. Apa yang ditentukan Allah kita tidak dapat merubahnya. Tetapi kita mampu membanyakkan amal ibadat dengan membuang tabiat membuang masa. Mulai sekarang kita hargai sepenuhnya usia dengan mengurus masa sebaik mungkin.

Ahad, 15 November 2009

Hargai masa supaya hidup tidak sia2 - Part 1

Kata orang tua2,"Masa itu seumpama sebilah pedang. Jika kita tidak memanggilnya maka ia akan memenggal leher kita". Secara ringkasnya bolehlah disimpulkan bahawa setiap detik masa yang berlalu perlu dihargai dengan sebaik2nya. Jika kita tidak ambil peduli mengenai masa yang sentiasa bergerak itu, nescaya hidup kita akan mendapat susah kemudian hari kerana membiarkan masa berlaku tanpa sebarang faedah.Dengan kata lain, jika hari ini kita mensia2kan masa maka kita akan menyesal pada hari esok. Mengurus masa penting dalam kehidupan seharian kita. Masa yang terlepas tidak akan datang dan yang berlalu tetap berlalu. Menangis air mata darah sekali pun masa yang sudah pergi tetap pergi. Justeru hargai masa sebaiknya kerana masa itu emas. Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan, kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu". (Surah Ibrahim ayat 33). Malalui firman ini dapat difahami tujuan Allah membezakan antara malam dan siang adalah supaya manusia dapat membahagi2kan masa untuk membuat kerja dan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat kelak.

Khamis, 12 November 2009

Undang-undang Bercinta Ke 3

3.  Berbuat Baik tanpa mengharap balasan

Masa mula2 berkahwin mungkin banyak yang isteri harap daripada suami. Harta, kasih sayang , kesetiaan dan kejujuran suami. Begitu juga suami, memberi segala2nya kepada isteri supaya isteri setia dan taat, mencintai dan tidak menduakannya, melahirkan dan mendidik anak2 dan menguruskan rumah tangga. Memberi dan menerima dengan baik adalah amalan mulia, tetapi adakah mahu memberi walaupun tidak dibalas dengan baik. Di sinilah perlunya keikhlasan memberi tanpa mengharapkan balasan. Allah swt saja sebaik2 yang membalas. Teruskan memasak hidangan yang sedap2 walaupun tiada pujian dari suami. Suami pula teruskan memujuk isteri yang suka merajuk walaupun tidak dihargai. Berdoalah kepada Allah swt kerana hanya dia yang berkuasa membolak-balikan hati kita sebagai hambanya.

Selasa, 10 November 2009

Undang-undang Bercinta Ke 2

2.  Berkongsi Hati
Ramai yang boleh kongsi makan dan minum, tidur setilam, kongsi wang ringgit dan rumah besar tapi berapa ramai yang rela berkongsi hati dan perasaannya bersama pasangan. Kadang2 isteri tengah sedih, suami selamba saja melepak bersama rakan melepas bosan di luar rumah. Biarkan isteri keseorangan, tak mahu mendengar isi hati. Isteri pula ada yang tidak perasan gejolak jiwa suami yang tertekan. Suami sedih sebab ada masalah kerja lalu berperangai dingin terhadap isteri, isteri kata suami ada wanita lain. Duit habis sebab kahwin baru atau perangai pelik sebab sembunyikan dosa daripada isteri padahal suami hanya tertekan masalah  kerjayanya saja. Ini semua akibat tidak mahu berkongsi hati. Bukankah amat berbahaya menjadikan hati kita rosak kerana tidak dirawat, kurang disentuh oleh pasangan dan dijangkiti penyakit buruk sangka berlebihan. Pasangan yang bahagia amat mementingkan perkongsian hati dalam melayari kehidupan rumah tangga. Hati adalah punca kebahagian manusia, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Jadi jangan anggap remeh menyentuh hati pasangan   kerana ia adalah punca kebahagian sebenar. Oleh itu sama2lah kita berusaha menjaga dan berkongsi hati pasangan kita.

Ahad, 8 November 2009

Undang-undang Bercinta

Malam ini aku menyambung cerita aku merapu lagi bab undang2 bercinta. Aku telah mengkelaskan 3 perkara yang perlu dijadikan undang2 semasa bercinta.
  1. Beriman
Tanpa iman tiada maknanya cinta. Semua perbuatan yang dilandasi kerana iman adalah baik belaka. Bukan munafik, plastik dan tipu. Cinta kepada suami menjadi ibadat jika diiringi dengan iman, sayang kepada isteri mendatangkan pahala jika melakukannya kerana iman. Suami dan isteri yang beriman memiliki ciri2 yang mulia. Bersih hati, taat setia kepada Allah swt dan Rasulullah saw, tunduk dan sujud sehari semalam lima waktu dan tidak pernah ingkar janji berjumpa Allah swt dalam sembahayangnya. Suami mengajar isteri, isteri taat dan patuh didikan suami. Kedua2nya mahu memperbaiki iman dan Islam dengan menuntut ilmu. Merubah sikap dengan akhlak mahmudah, meninggalkan maksiat yang menjadi tabiat suatu ketika dulu. Keduanya saling membantu dalam kebaikan dan menasihati dalam keimanan. Bertaubat apabila lalai dan suka bermuhasabah mengakui kelemahan. Inilah sebaik2 keimanan yang menjadi syarat mendapat bahagia.
Aku rasa aku akan sambung untuk yang kedua dan ketiga hari esok. Kalau banyak2 nanti membosankan.

Selasa, 3 November 2009

SAMBUNG EPISOD KHASIAT PELUK ISTERI

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek2 penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan. Dengan takdir tuhan, anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging. Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, anda akanmeras lebih sehat dan bahagia. Mungkin anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah2 "mati" ketika melakukan seks, sehingga daerah2 itu boleh diperbaharui. Dengan melakukan hubungan seks, anda merangsang regenerasi sel2 dalam tubuh anda sendiri. Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya. Dengan demikian, hubungan cinta anda boleh dikatakan relatif aman damai.
Setakat itu saja info yang aku dapat.

Isnin, 2 November 2009

INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI

Seks adalah Multivitamin?
Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala. Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala. Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalahhormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan. Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf2 penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat. Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kasehatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga ahli saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks, mengatakan bahawa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda. Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.
Bersambung esok......

Ahad, 1 November 2009

MALAM INI MERAPU LAGI

Nak makan ikan kerapu kena pegi Tanjung Lumpur. Itu pun kena malam. Siang hari tak seronok. Nak merapu pun kena malam, siang hari sibuk kerja.
Isreri boros, suka makan luar, malas masak dan mengemas rumah, tak sudi melayan suami jika datang stress. Tidak pandai ambil hati mak mentua, tidak suka kanak2 tetapi manja macam budak2. Suami mesti susah hati dengan perangai isteri sebegini. Kebanyakkan wanita selepas berkahwin memang begitulah sikapnya. Manja, suka dilayan mesra, jangan ditegur, puji banyak2 dan suka duduk manis2 macam puteri beradu. Siapa sangka bila berkahwin mesti bangun awal pagi, kemas rumah, basuh baju suami, masak cepat2 sebelum pergi kerja, bermuka2 dengan ipar, tunduk kepada mak suami dan relakan sikit wang gaji untuk rumah tangga. Hal ini memang susah menukarkan alam anak dara menjadi alam rumah tangga. Ramai yang tidak sabar, kencundang tengah jalan. Ada yang tidak bijak menilai, memaksa dan akhirnya menjadi mangsa deraan pasangan. Queen dan King Control yang merendahkan maruah diri, penganiayaan dan kezaliman hingga berlaku penderaan fizikal dan seksual, semua ini akibat tersilap menghayati makna sabar. Jika perkahwinan itu setakat digoncang angin sepoi2 bahasa, maka perbaikilah hubungan dan belajarlah dari kesilapan. Suami dan isteri yang mengikat janji mahu membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat semestinya mempelajari undang2 bercinta. Ini adalah supaya kedua2nya berada di landasan yang betul dan tidak sesekali beralih arah dari matalamat awal yang suci kerana Allah swt.

Sabtu, 24 Oktober 2009

AKU MERAPU LAGI MALAM INI

Pagi tadi sedang aku berehat di rumah aku mendapat panggilan rakan sekerjaku kerana dia menghadapi masalah tentang print chek untuk satu pembayaran. Aku pun pergi le ke pejabat untuk menyelesaikannya. Tengahari pula aku dan isteri kesayangan pergi menghadiri majlis kenduri kahwin anak rakanku di Sg Panching Timur. Balik rumah aku tidur tapi dah selesai tanggungjawap kepada Allah. Malam ni aku nak merapu lagi.
Keluarga adalah segala-galanya. Aku sanggup berkorban demi isteri dan anak-anak. Tanggungjawap mendidik anak-anak adalah tanggungjawap kita sebagai ibu dan bapa. Anak-anak perlu diasuh sendiri oleh ibu dan ayah barulah mereka membesar dalam persekitaran yang sihat.Apabila anak sudah meningkat dewasa dan boleh berdikari barulah ibu dan bapa merasa lega.  Kita hidup berkeluarga mestilah mengutamakan rumahtangga. Kita mesti selalu bersama keluarga. Isteri atau ibu sediakanlah makanan untuk dinikmati oleh suami dan anak-anak. Kita jangan membezakan kasih sayang kita kepada anak-anak. Asuhlah anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bagi aku masakan isteri dan ibu yang penuh dengan kasih sayang secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan yang lebih hebat. Memakan juadah yang disediakan oleh isteri dan ibu adalah satu kepuasan jika dibandingkan makan di luar.

Khamis, 22 Oktober 2009

AKU MERAPU MALAM INI

Malam ini aku tak tau apa yang aku tulis. Aku merapu je.
Walaupun rumah tangga melalui pasang surutnya, tapi sikap saling memahami di antara suami dan isteri boleh mengatasi segala masalah. Dalam rumah tangga suami isteri harus saling memahami. Semuanya perlu dibentuk di awal perkahwinan. Tapi yang sudah lama juga perlu buat begini bagi merubahkannya. Suami isteri perlu belajar kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Suami isteri perlu saling percaya dan perlu banyak bersabar. Tak bolehlah cepat melenting, meradang dan sebagainya. Misalnya bila suami baru balik kerja jangan terus mengadu jika ada masalah. Tentukan suami telah berehat, makan atau minum kemudian barulah berbincang. Ajarkan juga kepada anak-anak. Belajarlah karakter suami, ini mudah memahaminya dan menyesuaikan diri.

Isnin, 19 Oktober 2009

KERAS JIWA UNTUK BERJAYA

  • KERAS JIWA BERMAKNA BERSIFAT KUAT PERASAAN, KUAT FIKIRAN, KUAT CITA-CITA
  • ADA 3 CIRI PENTING DI DALAMNYA IAITU:-
  1. MEMILIKI AZAM YANG KUAT UNTUK MENJAYAKAN CITA-CITANYA.
  2. BERUSAHA SEPENUH TENAGA DAN FIKIRAN.
  3. TIDAK MUDAH TEWAS DAN MENYERAH KALAH KETIKA BERDEPAN DENGAN CABARAN
KITA PERLU MEMILIKI SIKAP KERAS JIWA YANG POSOTIF UNTUK SEMPURNAKAN TANGGONGJAWAB DAN MENJAYAKAN MISI KITA.

Khamis, 15 Oktober 2009

MAJLIS HARI RAYA IDIL FITRI FELDA WILAYAH KUANTAN

Hari ini 26 Syawal 1430H (rabu) sambutan hari raya idil fitri masih lagi disambut. Sambutan ini adalah bagi peringkat FELDA Wilayah Kuantan yang mempunyai 42 rancangan di bawah pentadbiran kami. Mereka yang terlibat ialah Gugusan Selancar, Gugusan Keratong, Gugusan Chini, Gugusan Lepar Hilir, Gugusan Panching, Gugusan Bukit Goh/Sagu/Kuantan, Kg New Zealand dan Gugusan Lepar Utara. Ini telah melibatkan semua petugas FELDA, Ketua Peneroka dan Penerokawati, Pengurus-pengurus FELDA Tecknoplan Sdn Bhd dan Ahli Parlemen serta ADUN yang ada di Wilayah Kuantan. Jumlah jemputan lebih kurang 500 orang.
Menu yang telah dihidangkan ialah gerai Sop Gear Box (termasuk mee dan mee hoon), gerai Kue Teaw, gerai ABC dan Cendol, Martabak, Rojak Buah, Puding Raja, tapai pulut, laksa Penang dan minuman sirap. Aku telah diberikan penghormatan untuk memulakan majlis dengan membacakan doa.




Beginilah kita mewah dengan makanan. Bagaimana agaknya ada kawan2 kita yang tak cukup makan? Kita juga hidup dengan aman damai tiada peperangan dan bencana alam yang teruk seperti negara lain. Majlis bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh.  Selepas itu jam 2.00 ptg aku bersama Boss besar aku (RGM) terus ke Keratong 10 (150 km dari pejabat aku) bagi menghadiri majlis yang sama di sana.

Ahad, 11 Oktober 2009

KEJAYAAN

  • Kejayaan diputuskan oleh diri sendiri. Kita mesti ada keyakinan memilih haluan kita sendiri untuk menuju kejayaan.
  • Kejayaan sebenarnya bukan merupakan akhirannya, tetapi sebagai proses untuk sampai ke arah matlamat dan usaha-usaha menuju pencapaian hasilnya.
  • Jika kita ingin berjaya kita perlu membuat "sacrifice" dan terpaksa membuat kompromi.
  • Jika sudah ada niat untuk berjaya, ketepikan orang yang boleh menghalang kita daripada membuat kejayaan.
  • Kejayaan dicapai kerana adanya "will" atau azam serta kemahuan diri yang kuat.

Selasa, 6 Oktober 2009

SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Hadis Nabi :
Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama, dan barang siapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama.

Surah Al-Mudathsir ayat 42 dan 43 :
Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqarini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.

6 Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
  1. Allah kurangkan keberkatan umurnya
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
  4. Doanya tertolak
  5. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  6. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala
3 Siksaan Ketika Sakaratul Maut

  1. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minuman air sebanyak 7 lautan
3 Siksaan Ketika Di dalam Kubur
  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  2. Kuburnya akan digelapkan
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
3 Siksaan Ketika Berada Di akhirat
  1. Ia akan dibelengu dan diseret ke padang mahsyar oleh malikat
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

Rabu, 16 September 2009

4 alasan yang dibenci Tuhan

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu:

  1. Orang kaya, kalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Kepada mereka ini Allah berfirman, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku."
  2. Hamba sahaya, sekiranya dia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Utusan-ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku."
  3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada Mu." Firman Allah kepadanya, "kemiskinan yang kau rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tidaklah pula menabaikan tanggungjawab kepada-Ku."
  4. Orang yang sedang menderita sakit, sekiranya dia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu." Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s, tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku."